Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Wednesday, October 21, 2020

UMNO umum 'gencatan politik'

MyMetro
Ekhwan Haque Fazlul Haque
ekhwan@hmetro.com.my
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kuala Lumpur: UMNO melakukan gencatan politik bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dapat diutamakan.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu juga bagi membantu rakyat yang sedang dihimpit kesusahan dan kegelisahan akibat hambatan ekonomi dapat ditangani.

Menurutnya, UMNO juga mendokong usaha kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam memfokuskan agenda membantu rakyat dan negara mendepani pandemik Covid-19.

"UMNO mengarahkan kepimpinan parti yang berada dalam Kabinet memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha membantu rakyat," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, kerjasama semua parti dalam kerajaan PN harus diperkasakan bagi menjamin kestabilan politik ketika negara diancam Covid-19 dan ketidaktentuan ekonomi.

Landskap politik negara ini berada dalam ketidaktentuan sejak beberapa bulan kebelakangan ini sehingga mengundang rasa bimbang rakyat.

Malah, ia juga memberi impak kepada ekonomi ketika negara masih bergelut dengan pandemik Covid-19 yang semakin meruncing akhir-akhir ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Oktober 2020 @ 5:38 PM

No comments:

Post a Comment

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-