Friday, November 27, 2020

‘Amat mengecewakan’, Najib tak puas hati kerajaan tak batal penjualan ladang TH Plantation

FMT Reporters
-November 27, 2020 2:00 PM
Najib Razak.

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak tidak berpuas hati pentadbiran semasa belum membatalkan sebarang penjualan ladang TH Plantation yang ditandatangani pentadbiran lepas, proses yang dijangka selesai dalam masa 12 bulan lagi.

Katanya, pentadbiran Barisan Nasional perlu masa 9 tahun menaikkan keluasan ladang daripada 20,000 hektar ke 104,000 hektar, tetapi sekarang 74% dirancang untuk dijual, sebelum ini atas alasan kerugian kerana harga minyak sawit rendah dan terbaru, pengeluaran terjejas lantaran sekatan ke atas pengambilan pekerja asing baharu.

“Amat mengecewakan,” katanya di Facebook, dan menambah antara sebab utama majoriti Melayu menolak pentadbiran Pakatan Harapan ialah penjualan aset negara secara lambak.

“Terutamanya aset-aset milik Tabung Haji.”

Najib menarik perhatian kepada keuntungan TH Plantations yang dilaporkan pada 11 Nov, apabila harga sawit naik ke RM3,400 tan – paling tinggi sejak 8 tahun dahulu.

“Namun alasan sekarang kenapa TH Plantations masih mengalami tekanan untuk menjual aset bertukar pula hari ini,” katanya.

“Kenapa tak rayu kepada menteri Perikatan Nasional untuk mendapat kelulusan untuk pekerja asing jika kamu tak berjaya mengambil pekerja tempatan?”

2 comments:

  1. Itulah, Menteri Agama pun LIBERAL-pro PH, yg. juga si DALANG DUA MUKA - boleh pula terus BIAQkan ASET2 Tabung Haji di GADAIkan, terutamanya pd syarikat2 BUKAN BUMIPUTERA, walau buat KEUNTUNGAN masa bawah mantan PM Orang Asal Islam/Melayu Agung kita,YAM DS Najib terCINTA kita & KERAJAAN BN - maka Menteri Agama liberal ni terus menyambung legasi amat JAHAT rejim PENJAJAH Zionis PH-DIKTATOR mahathir PARIAH kerala/PKR homo/DAP Parasit!!

    NOTA: Panggilan2 tel & Emel ke JAKIM, makin TAK berjawab - & tgk. sjlah cthnya. JAKIM & KEM. MULTIMEFDIA yg. juga LIBERAL trrus BIAQkan si ASTRO yg. makin mengNORMALkan budaya2 LUCAH/HOMO/PENGAMBILAN DADAH, terutamanya di siaran2 ASINGnya dr. BARAT/KOREA SELATAN!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-