- @news
-November 23, 2020
KUALA LUMPUR: Tindakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Tan Sri Annuar Musa yang mendakwa segelintir ahli lupa bahawa Umno ialah parti yang kalah dan sudah jatuh dalam PRU-14 disifatkan sebagai mempertahankan kejujuran politik, kata Timbalan Ketua Umno Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz.
Beliau berkata pandangan itu bertujuan mempertahankan agenda penyatuan ummah, kuasa politik ummah dan memastikan Umno tidak tersilap langkah dalam percaturan politik menjelang PRU-15.
Menurut beliau, pendapat itu sekali gus bukan mempertahankan Bersatu atau Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Saya yakin Annuar bukan bercakap bagi pihak Bersatu dan mendahului Presiden (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) dalam soal taktikal” katanya dalam satu kenyataan..
“Saya percaya Annuar hanya mempertahankan kejujuran politik iaitu bercakap benar dan tidak menyembunyikan fakta sebenar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah,” katanya lagi.
Kata Tun Faisal lagi, tidak wajar untuk terus menerus memainkan naratif palsu mengenai PRN Sabah yang direka-reka untuk memberi justifikasi kepada usul menyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan cara menyemarakkan permusuhan dengan Bersatu.
“Saya berdoa supaya Ahli MKT, ahli UMNO dan cybertrooper berbayar yang memainkan naratif palsu, sentimen kebencian dan anti penyatuan Ummah ini segera insaf dan kembali kepada asas perjuangan sebenar iaitu pemerintah Islam, permuafakatan Ummah, penyatuan bangsa, ‘NO Anwar dan NO DAP.’,’ tegasnya
“Jangan bersubahat dengan penyebar naratif palsu dan usaha menghalalkan sokongan terhadap Anwar,” katanya yang Setiausaha Akhbar kepada Menteri Wilayah Persekutuan.
Jelasnya, Annuar mungkin dilihat seolah-olah bersendirian dalam menyatakan perkara tersebut secara terbuka, namun hakikatnya sebaliknya.
“(Ini kerana) tiga kali usul menyokong Anwar dibawa ke dalam mesyuarat melibatkan Ahli Parlimen dan pemimpin tertinggi UMNO (dan) tiga kali juga usul ini ditolak. Apakah maksudnya,” soal beliau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
malaysiadateline.com Oleh ARIF ATAN January 20, 2021 12:58 pm Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman hari ini disahkan ...
-
themalaysialife.com January 21, 2021 Sebahagian besar ahli parlimen Umno menolak cadangan yang diutarakan setiausaha agung parti itu, Ahmad ...
-
BERITA By MT Webmaster On Jan 24, 2021 (Malaysia Now) – Akar umbi Umno kini mendesak parti itu menyiasat surat yang dihantar Ahmad Zahid H...
-
Oleh MALAYSIA DATELINE January 24, 2021 Annuar disusun agar menjadi presiden Bersatu manakala Hishammudin pula presiden Umno. Percayakah and...
-
mykmu.net January 25, 2021 MENTERI Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memang kelihatan tidak banyak bercakap soal parti yang beliau m...
-
MyMetro Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my GAMBAR terakhir Dr Ali yang diambil rakannya sebelum beliau jatuh sakit dipercaya...
-
By Editor -24/01/2021 Ahli-ahli parti Melayu itu kini lebih bijak dalam memerhatikan tingkah laku pemimpin... AHMAD Zahid Hamidi akan terus...
-
mindarakyat.net Chief Editor MEMPERTAHANKAN parti lebih penting berbanding mempertahankan seorang pemimpin. Oleh itu, Presiden UMNO, Datuk ...
-
Oleh MALAYSIA DATELINE January 19, 2021 Serangan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan...
-
JANUARY 22, 2021 Hanya sebahagian kecil Ahli Parlimen UMNO daripada ‘kluster mahkamah’ dilaporkan menyokong persidangan Parlimen untuk membi...

No comments:
Post a Comment