Saturday, November 28, 2020

Bersatu, Pas dan Umno perlu kekal kerjasama untuk PRU – Ahmad Faizal

mykmu.net
November 28, 2020


KUALA LUMPUR: Parti gabungan dalam Perikatan Nasional (PN) termasuk Pas, dan Umno tidak boleh ‘bergerak secara solo’ untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, berkata, jika mana-mana parti berkenaan memilih untuk tidak menjalinkan kerjasama, ia seolah-olah memberikan ‘hadiah’ kemenangan kepada parti pembangkang.

Sehubungan itu, Ahmad Faizal yang juga Menteri Besar Perak menegaskan, penting untuk parti-parti tersebut terus mengekalkan kerjasama yang sudah terjalin, ketika ini.

“Jika mereka atau kami bertindak untuk pergi ke pilihan raya secara bersendirian, maka saya berpandangan ini sama seperti menghadiahkan kepimpinan kerajaan yang kita sedang pimpin sekarang ini kepada pihak pembangkang.

“Jadi, semua pemimpin faham bahawa keperluan untuk bekerjasama itu jauh lebih penting, lebih besar nilai dan maksudnya daripada terlalu mengikut kehendak iaitu melebihkan parti kita daripada parti-parti lain,” katanya dalam temu bual dalam Buletin AWANI Khas, di sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Tambun itu berkata, Bersatu menyedari bahawa setiap parti mungkin mahukan pembahagian kerusi yang banyak di sesuatu kawasan apabila pilihan raya.

Namun, jelas beliau perkara itu perlu dikorbankan, kerana keutamaan adalah untuk memastikan sokongan dan kepimpinan kerajaan ketika ini terus diberikan mandat untuk mentadbir.

Dalam pada itu, menggunakan analogi perkahwinan, Ahmad Faizal berkata perkahwinan yang berlaku dalam PN sudah pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

Meskipun kadangkala wujudnya kesukaran namun mereka sahut cabaran itu dan menyelesaikannya sebaik mungkin.

“Saya kira bukan mudah untuk mentadbir sesebuah kerajaan, saya sebagai Menteri Besar ada enam exco daripada Umno, dua daripada Pas dan dua lagi Bersatu.

“Jadi, kami bekerja sebagai satu pasukan tetapi dalam masa sama tentunya ada tuntutan dari sesebuah parti tetapi akhirnya saya kira tuntutan ini kalau pun tidak bekerja dengan Umno dan Pas, ia akan datang daripada orang ramai juga,” katanya lagi.

3 comments:

  1. BETULkan BERSATU ni segera! Tgk. shjlah Belanjawan 2021 - Menteri2 Bersatu TAK GUNA punya bnyk. MENGORBANkan hak ISLAM/UMATnya & bangsa BUMIPUTERA kita, terutamanya berkaitan PENDIDIKAN anak2 ISLAM & BUMIPUTERA kita! PERUMAHAN utk. BUMIPUTERA miskin jangan ckplah - PR1MA & MAJLIS PERUMAHAN NEGARA masih diKUASAI Bukan Bumi akibat MENTERI, bekas PKR BODOH tu!!

    Parti BERSATU ni dah makin diLIBERALkan mcm. PKR homo sbb. membuka keahlian kepada Bukan Bumiputera, yg. disyaki ramai EJEN2 PKR homo/DAP Parasit - maka UMNO/PAS tlg. JANGAN teruskan GABUNGAN RASMI Muafakat Nasional UMNO-PAS dgn. BERSATU - kerana takut nanti PAS-UMNO terpaksa MENGORBANkan bnyk. kerusi2 UMNO/PAS kpd. BERSATU dlm. PRU 15! Cukup GABUNGAN tak rasmi dlm PN!

    ReplyDelete
  2. Itulah, Menteri Agama pun LIBERAL-pro PH, yg. juga si DALANG DUA MUKA - boleh pula terus BIAQkan ASET2 Tabung Haji di GADAIkan, terutamanya pd syarikat2 BUKAN BUMIPUTERA, walau buat KEUNTUNGAN masa bawah mantan PM Orang Asal Islam/Melayu Agung kita,YAM DS Najib terCINTA kita & KERAJAAN BN - maka Menteri Agama liberal ni terus menyambung legasi amat JAHAT rejim PENJAJAH Zionis PH-DIKTATOR mahathir PARIAH kerala/PKR homo/DAP Parasit!!

    Lihat di - https://www.facebook.com/157851205951/posts/antara-sebab-utama-rejim-gagalkrasi-ph-ditolak-majoriti-orang-melayu-islam-ialah/10157516768440952/

    NOTA: Panggilan2 tel & Emel ke JAKIM, makin TAK berjawab - & tgk. sjlah cthnya. JAKIM & KEM. MULTIMEDIA yg. juga LIBERAL terus BIAQkan si ASTRO yg. makin mengNORMALkan budaya2 LUCAH/HOMO/PENGAMBILAN DADAH, terutamanya di siaran2 ASINGnya dr. BARAT/KOREA SELATAN!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rejim PENJAJAH PH Parasit ZIONIS - terus cuba PUTARBELIT psl. TABUNG HAJI kerugian $10 BILLION, serta GADAI akan ASET2 TH amat berHARGA, masa bawah guan eng DAP Parasit -mujahid Amanah Homo!

      Mana SPRM/PDRM/LHDN/PEGUAM NEGARA BARU/MENTERI AGAMA baru?!

      Di - https://www.facebook.com/157851205951/posts/dr-zaharuddin-ini-adalah-antara-individu-paling-lantang-mempertahankan-kekanda-d/10157518942805952/

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-