themalaysialife.com
November 20, 2020 8:13 pm
UMNO Selangor bersedia bertembung dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, pertembungan itu tidak dapat dielak sekiranya Bersatu meletakkan calon mereka di kerusi ditandingi UMNO di negeri ini.
Bagaimanapun, katanya, UMNO Selangor akan memastikan calon parti itu tidak menentang Pas bagi mengelakkan kekalahan sama seperti dialami pada PRU14.
“Prinsip kita (UMNO) di Selangor jelas iaitu tidak mahu bertembung dengan Pas. Jika (Bersatu) hendak lawan (UMNO), kita bersedia,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melakukan kunjungan dan lawatan di Pusat Kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) Bagan Pasir, di sini hari ini.
Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, kerjasama UMNO dan Pas amat penting bagi meraih sokongan pengundi terutama majoriti Melayu.
“Di Selangor ini ada 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 14 kerusi Parlimen yang pengundinya lebih 50 peratus Melayu.
“Ini yang kita harapkan apabila calon daripada Muafakat Nasional (UMNO atau Pas) bertanding di kerusi terbabit, kita dapat meraih kemenangan,” katanya.
Beliau memberitahu, UMNO dan Pas juga telah bersepakat serta menyelesaikan pembahagian kerusi Parlimen dan DUN di negeri ini bagi menghadapi PRU15.
“UMNO tidak akan bertanding di mana-mana kerusi ditandingi calon Pas.
“Dari segi agihan kerusi pula jika calon UMNO bertanding di dalam Parlimen, maka calon Pas pula diletakkan di kerusi DUN dan begitu juga sebaliknya asalkan tidak bertembung,” katanya.
Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/111180/BERITA/Politik/PRU15-UMNO-sedia-bertembung-Bersatu-di-Selangor-kata-Noh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
malaysiakini.com NS Ramli Diterbitkan: Mar 23, 2024 8:33 PM Penjawat awam boleh melupakan impian untuk memperoleh bantuan khas kewangan menj...
-
malaysiakini.com Zarrah Morden & Shakira Buang Diterbitkan: Mar 25, 2024 3:06 PM Ahli Parlimen Tanjong Karang Dr Zulkafperi Hanafi hari ...
-
freemalaysiatoday.com FMT Reporters -25 Mar 2024, 12:16 AM Zaid Ibrahim membidas ‘ribuan bijak pandai’ yang membisu berhubung reaksi terhada...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Mar 24, 2024 1:39 PM Ketua Pemuda Umno , Akmal Saleh mengingatkan pemilik pasar raya Mydin, Ameer Ali Mydin b...
-
bharian.com.my Mac 28, 2024 @ 10:16pm Anggota polis mengiringi sami Buddha Galagodaatte Gnanasara ke penjara di mahkamah tinggi Colombo. - F...
-
freemalaysiatoday.com FMT Reporters -27 Mar 2024, 06:19 PM Bekas menteri undang-undang itu mengkritik penjualan 50.2% pegangan dalam Icon Of...
-
freemalaysiatoday.com Mohd Farhan Darwis -28 Mar 2024, 07:30 AM Penganalisis berkata BN juga perlu memastikan mereka mampu menang tidak kura...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Mar 25, 2024 8:30 AM Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berharap Anwar Ibrahim akan berkhidmat se...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Mar 27, 2024 12:53 PM Kerajaan perlu melaksanakan pembaharuan fiskal agar ekonomi Malaysia bertunjang di land...
-
freemalaysiatoday.com FMT Reporters -28 Mar 2024, 09:17 PM Presiden Umno berkata setiap usaha dan langkah baharu dibuat kerajaan pasti menda...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.