Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Friday, November 27, 2020

Kami berprinsip, Belanjawan 2021 lulus bukti sokongan UMNO, BN – Zahid Hamdi

mykmu.net
November 27, 2020

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan sokongan parti itu terhadap Belanjawan 2021 terserlah apabila ia diluluskan pada peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata keputusan parti itu melalui Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk menyokong Belanjawan 2021 dengan dua syarat sebelum ini telah dipersetujui kerajaan.

“Alhamdulillah. Keputusan parti melalui MKT yang menyokong Bajet 2021 dengan dua syarat telah diperakui sepenuhnya. Solidariti UMNO dan BN terpancar melalui kelulusan bajet tersebut,” katanya dalam ciapan Twitter beliau hari ini.
BN sebelum ini menyatakan sokongan bersyarat terhadap Belanjawan 2021 dengan menuntut kerajaan membenarkan pengeluaran ‘one-off‘ hingga RM10,000 daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selain melanjutkan moratorium sehingga Jun 2021.

Sementara itu, Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata Belanjawan 2021 telah melepasi halangan terbesar dan diluluskan demi keutamaan negara dan rakyat.
“Kemaslahatan rakyat sangat mendesak dan belanjawan yang diluluskan ini insya-Allah adalah intervensi yang sangat dinanti-nantikan.

“Ini adalah petanda jelas bahawa dalam keadaan sukar sebegini, kepentingan paling tinggi ialah mengandakan kebajikan, menyelamat perniagaan dan membangun daya tahan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kerajaan PN harus segera merancang supaya Belanjawan 2021 dapat segera dilaksanakan tanpa ketirisan, karenah birokrasi dan keutamaan yang tersasar.

Sumber Facebook TokMatHasanN9

Dalam pada itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berharap peruntukan yang diluluskan menerusi belanjawan itu dapat disalurkan dengan penuh efisien, adil dan saksama sehingga sampai kepada rakyat.

Selepas dua minggu dibahas dan melalui empat hari proses penggulungan oleh setiap kementerian, Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) diluluskan di peringkat dasar hari ini.

Rang undang-undang itu diluluskan dengan suara majoriti selepas permohonan beberapa ahli Parlimen untuk undi belah bahagian tidak berjaya apabila hanya 13 ahli Parlimen yang bangun, kurang daripada jumlah diperlukan iaitu 15 orang.

2 comments:

  1. Pemimpin2 Orang Asal Islam/Melayu TULEN kita dr. UMNO/PAS - sdg. diPERANGKAP habis2an oleh EJEN2 Melayu LIBERAL-si DALANG2 DUA MUKA rejim PH Parasit dlm. PN!

    Lihat shj. Menteri Pendidikan boleh:

    1. BIAQkan DISKRIMINASI & RASISMA pd. pelajar2 ISLAM dr. Sek. AGAMA yg. dikurangkan Belanjawan 2021 kpd. $12 juta dr. $ 50 juta pd. 2020, sdgkan Sek.2 K. Cina dpt. $74 JUTA, naik dr. $50 JUTA pd. 2020;

    2. DISKRIMINASI pd Sek.2 Berasrama Penuh yg. MAJORITI adalah bangsa BUMIPUTERA miskin kita juga diKURANGkan Peruntukan kpd. 90%

    NOTA: Menteri Pendidikan DALANG DUA MUKA ni dr. parti BERSATU - & masih ada masa buat PEMBETULAN utk. pembentangan Belanjawan 2021 ni di peringkat KEDUA di bah. JAWATANKUASA Kementerian!

    ReplyDelete
    Replies

    1. Lihat juga Menteri Luar Bdr. boleh biarkan DISKRIMINASI terhdp. UNIVERSITI BUMIPUTERA terUNGGUL kita, UiTM yg. di bawah MARA & MARA adalah bawah Kem. Luar Bandar ni - hanya dpt. $3 juta dlm Belanjawan 2021 - sdgkan Kolej Universiti Tunku Abd. Rahman (TAR UC) yg. MAJORITI, pelajar2 PENDATANG Cina, dpt. peruntukan $58 juta dlm. Belanjawan 2021, dr. $30 juta masa 2020!

      NOTA: Menteri Kem. Luar Bdr. ni juga dr. parti BERSATU liberal DALANG DUA MUKA tu!!

      Delete

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-