Thursday, November 26, 2020

Kita lihat siapa 'khianat' rakyat petang ini, kata Annuar Musa

malaysiakini.com
Diterbitkan Hari ini 10:37 am
Dikemaskini Hari ini 11:10 am
Annuar Musa

Menjelang pengundian Belanjawan 2021 hari ini, Setiausaha Agung BN Annuar Musa berkata, petang ini, semua pihak dapat melihat siapa yang "khianti rakyat".

Jelasnya, ahli parlimen BN membuat pendirian menyokong belanjawan kerana sedar betapa pentingnya belanjawan itu untuk rakyat.

"Semasa BN pembangkang pun kita tak tolak bajet. Apa lagi jika penolakan bajet membawa ketidakstabilan negara, rakyatlah yang jadi mangsa.

"Petang ini kita dapat lihat siapa yang khianati rakyat," katanya melalui ciapan Twitter.

Umno sebelum ini memberi isyarat bahawa mereka mungkin mempertimbangkan untuk tidak menyokong belanjawan kecuali permintaan mereka agar skim pengeluaran KWSP diperluas dan moratorium pinjaman automatik untuk semua B40 dan M40, diambil kira.

Semalam, ahli parlimen Umno termasuk presiden parti Ahmad Zahid Hamidi bertemu dengan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz untuk membincangkan tuntutan mereka.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan - yang berada dalam pertemuan itu - mengatakan bahawa mereka akan menunggu pengumuman hari ini.

Undian belanjawan telah dilihat sebagai proksi untuk usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin menguasai Parlimen dengan hanya 112 undi berbanding 108 yang dipegang pembangkang.

Angka ini berkurang 111 jika ada ahli parlimen dari kerajaan tidak hadir atau beralih sokongan.

Sekiranya belanjawan berjaya diluluskan dalam undian di Dewan Rakyat hari ini, undian seterusnya akan diadakan semasa peringkat jawatankuasa.

Biasanya, segala usaha untuk menolak belanjawan hanya dilakukan semasa peringkat dasar, dan rang undang-undanf perbekalan akan melepasi peringkat jawatankuasa dengan undian suara.

Bagaimanapun, Pakatan Harapan pada 2017 telah melakukan kejutan semasa peringkat jawatankuasa, dan hanya kalah undia dengan beza satu undi.

Ahli Parlimen BN dan PAS juga melakukan kejutan semasa peringkat jawatankuasa pada 2019.

Ahli Parlimen pembangkang sebelum ini memberitahu Malaysiakini bahawa sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan, Artikel 102 Perlembagaan Persekutuan dapat dirujuk untuk mengemukakan rang undang-undang yang berasingan bagi meluluskan peruntukan untuk perbelanjaan penting.

Perbelanjaan penting boleh merangkumi emolumen penjawat awam dan perbelanjaan penjagaan kesihatan yang diperlukan untuk memerangi wabak Covid-19.

2 comments:

  1. MENTERI KEWANGAN dah GILAkah?!

    Lihat di - https://malaysiagazette.com/2020/11/26/wira-putra-tidak-puas-hati-peruntukan-sjkc-naik-sekolah-agama-dikurangkan/

    NOTA: Tapi AWAS, NGO Putra ni PENJILAT Diktator mahathir PARIAH kerala - tapi walau kita PENYOKONG Kerajaan PN, tak semestinya kita mengorbankan HAK Islam/Umatnya & seluruh bangsa BUMIPUTERA kita!!

    Maka, DYMM SPB YDPA sbg. KETUA AGAMA ISLAM Persekutuan & PELINDUNG Hak bangsa BUMIPUTERA bersama MAJLIS RAJA2, serta SUMPAH JAWATAN DYMM DPB YDPA melindungi ISLAM setiap masa, berdasarkan UNDG2 PERLEMBAGAAN kita, patut masuk campur BELANJAWAN 2021 yang dah diLIBERALkan ni oleh puak2 PENGKHIANAT GILA & TAMAK KUASA dlm. KERAJAAN PN!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rupanya umat ISLAM & bangsa BUMIPUTERA kita - telah diPERANGKAP habis2an dr. segenap penjuru - sdgkan Pemimpin2 Islam/Melayu BODOH terus diPERMAIN2kam si DALANG2 DUA MUKA Melayu LIBERAL!

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-