Wednesday, November 25, 2020

Ku Li cadang bentuk kerajaan baharu tapi gagal, dakwa Dr M

Faiz Zainudin
-November 25, 2020 9:50 PM

Dr Mahathir Mohamad mendakwa Ku Li berpendapat beliau boleh mencari cukup Ahli Parlimen untuk keluar daripada kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin.

KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad mendedahkan Tengku Razaleigh Hamzah memaklumkan kepadanya usaha beliau mendapatkan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu.

Bekas perdana menteri itu berkata, bagaimanapun sebaliknya berlaku apabila Tengku Razaleigh atau Ku Li gagal memperolehi sokongan yang diperlukan untuk menggantikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin.

“Dia (Tengku Razaleigh) adalah di sebelah kerajaan. Dia mempunyai cadangan kononnya untuk kita tukar kerajaan.

“Dia berpendapat dia boleh cari cukup orang daripada pihak kerajaan untuk keluar daripada kerajaan. Tetapi benda itu tak berlaku,” katanya dalam program khas eksklusif bersama Astro Awani malam ini.

Mahathir berkata, beliau sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja jika seseorang itu mempunyai majoriti yang kuat.

“Saya bersetuju dengan siapa sahaja, tapi hendaklah dapat sokongan majoriti, kalau dapat sokongan majoriti kepada Ku Li dia boleh jadi perdana menteri,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-