Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Sunday, November 22, 2020

Ku Li umum tidak hadir Dewan Rakyat

Oleh FAZLI RADZI
November 22, 2020 7:43 pm


Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mengumumkan tidak akan mengambil bahagian dalam perbahasan di Dewan Rakyat pada 26 November ini.

Ahli Parlimen Gua Musang itu memaklumkan demikian dalam satu kenyataan berbahasa Inggeris:

“As the legitimacy of the government has not been decided yet am bound by my conscience on the oath I have taken and, therefore cannot participate in the debate on the budget.”

Keputusan Ahli Dewan Rakyat yang paling lama berkhidmat di Parlimen itu bermakna kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan hilang satu undi untuk meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021.

Belanjawan 2021 sebelum ini dikatakan akan ditolak selepas Barisan Nasional (BN) dan pembangkang mengemukakan beberapa tuntutan sebagai sokongan bersyarat kepada Belanjawan 2021.

Antara tuntutannya ialah membenarkan pengeluaran simpanan sehingga RM10,000 daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pelanjutan moratorium pinjaman institusi kewangan, selain mempertikaikan cadangan mengembalikan semula Jabatan Hal Ehwal Khas Jasa (JASA) dengan peruntukan besar.

Pada 6 November lalu, kerajaan PN membentangkan Belanjawan 2021 membabitkan RM322.5 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz kemudiannya pada 14 November lalu dilapor berkata bahawa gaji penjawat awam dan petugas barisan hadapan tidak akan dapat dibayar jika Belanjawan 2021 tidak diluluskan.

4 comments:

  1. SETELAH sekian lama berbulan2 baru menyatakan pn kerajaan tak sah, sepatutnya apabila pn diumumkan, bantahlah pn adalah kerajaan tak sah dan nyatakan sebab2nya barulah ada logiknya, begitulah apabila kepala dah bengong atau mengong mengeluarkan kenyataan yang menyusahkan rakyat dan negara

    ReplyDelete
  2. Razaleigh NYANYUK DALANG DUA MUKA-si TAMAK KUASA-si PENJILAT hanyir DIKTATOR mahathir PARIAH kerala ni patut diNYAHkan shj. dr. UMNO! Berlagak mcm. Hero bangsa Melayu konon; PENIPU betul PENGKHIANAT Agama, bangsa & negara ni!

    ReplyDelete
  3. Ni SEKOQ lagi DALANG DUA MUKA paling JAHAT & PENIPU dlm. UMNO - tak habis2 nak mengHINA/mengGERTAK YANlB TS Annuar Musa terCINTA kami!

    Lihat JANTAN jazlan HOMO ni, yg. juga patut diNYAHkan dr. UMNO! Di -https://www.thethirdforce.net/nur-jazlan-akar-umbi-umno-sudah-lama-tolak-annuar-musa-yang-kini-jurucakap-ppbm/

    ReplyDelete

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-