Friday, November 27, 2020

PAN ‘lebih DAP dari DAP’ – Dato’ Che Abdullah

harakahdaily
November 27, 2020


KUALA LUMPUR: Disebalik desas-desus dan jangkaan kritikal serta kenyataan terbuka segelintir Ahli Parlimen untuk menolak, namun Belanjawan 2021 akhirnya diluluskan Sidang Dewan Rakyat di Parlimen, di sini semalam.

Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi bahkan menyifatkan kelulusan itu menjadi satu sejarah buat kerajaan masih baharu berusia lapan bulan telah mendapat sokongan melaksanakan dasarnya yang teramat penting.

Malah menurutnya, kelulusan tersebut menunjukkan penyokong kerajaan bersatu padu, manakala pembangkang terang-terang berpecah serta cuba menggagalkan kepentingan rakyat dan menyanggah titah Yang di-Pertuan Agong.

“Alhamdulillah, proses kelulusan Belanjawan 2021 pada semalam hari menyatukan kita penyokong kerajaan dan memecahkan pembangkang.

“Namanya cantik, Amanah (PAN) tapi nampaknya mereka begitu tegar dan bersungguh-sungguh berusaha mengkhianati rakyat dan cuba menyanggahi titah Seri Paduka Baginda YDPA dengan usaha menggagalkan Belanjawan 2021.

“Rakyat menyangka mereka ini balaci DAP, rupanya mereka lebih DAP dari DAP,” bidas beliau yang juga Setiausaha PAS Negeri Kelantan kepada HarakahDaily.

Belanjawan 2021 diluluskan dengan sokongan undi majoriti Ahli Parlimen di peringkat dasar setelah Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 dibahaskan Ahli-ahli Parlimen sejak dibentangkan 6 November lepas.

Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah
melakukan beberapa pindaan berdasarkan saranan Ahli Parlimen dan suara rakyat yang dilihat mengukuhkan lagi Belanjawan tersebut.

Ianya sekali gus memenuhi hasrat Kerajaan Perikatan Nasional sendiri untuk memastikan Belanjawan kali ini dapat mensejahterakan rakyat dan memulihkan ekonomi selari cabaran pandemik COVID-19 didepani kini. 

HARAKAHDAILY 27/11/2020

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-