Wednesday, November 25, 2020

'Saya dan rakan-rakan ambil ketetapan tolak Belanjawan 2021'

malaysiakini.com
Diterbitkan Hari ini 7:24 pm
Dr Mahathir Mohamad

Kurang daripada 24 jam sebelum nasib Belanjawan 2021 dijadual ditentukan kedudukannya, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan dia dan "rakan-rakan" membuat ketetapan untuk menolaknya.

Kata Mahathir sebelum belanjawan disediakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) itu diundi, orang ramai boleh melihat bagaimana proses perbahasan mengenainya dijalankan dengan sangat mengecewakan.

"Selain daripada perbahasan yang terhad, tidak ada sebarang tanda di pihak kerajaan untuk mendengar atau menerima pandangan yang telah diajukan oleh ahli-ahli parlimen mahupun kritikan rakyat yang boleh kita dengar rintihan mereka melalui laman-laman media sosial dan juga pemimpin-pemimpin masyarakat.

"Kerana itu, saya dan rakan-rakan mengambil ketetapan menolak Belanjawan 2021 dan kami lakukan dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah yang kami pegang bagi pihak rakyat sehingga penggal perkhidmatan kami sebagai wakil rakyat tamat," kata ahli parlimen Langkawi itu dalam catatan terbaru blognya.

Untuk rekod, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang diasaskan Mahathir mempunyai empat ahli parlimen ketika ini.

Bagaimanapun, Mahathir tidak menjelaskan siapakah yang dimaksudkannya sebagai "rakan-rakan" itu, sama ada merangkumi Warisan dari Sabah - yang dilihat sentiasa sehaluan dengannya - atau turut melibatkan Pakatan Harapan (PH).

Selain pembangkang, beberapa ahli parlimen Umno - terutama yang tidak mempunyai jawatan dalam kerajaan atau agensinya - membayangkan mereka hanya setuju memberi sokongan kepada belanjawan tersebut jika permintaan mereka ditunaikan.

Antara yang ketara tidak senang dengan belanjawan itu ialah seorang lagi bekas perdana menteri, Najib Razak, serta presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Umum mengetahui Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika ini hanya mempunyai sokongan majoriti sangat tipis di Dewan Rakyat dan setakat ini ia belum benar-benar diuji.

Mahathir juga menjelaskan kerajaan cuba mengelirukan orang ramai dengan 'mengugut' melalui pelbagai risiko yang didakwa boleh berlaku jika belanjawan berkenaan gagal mendapat sokongan majoriti.

"Jadi, apakah yang akan berlaku jika Belanjawan 2021 tidak lulus? Pertamanya, ia akan membuktikan bahawa kerajaan telah hilang “legitimacy” (keabsahan) kerana ia tidak mempunyai majoriti yang cukup untuk melulus belanjawan.

"Apabila ini berlaku, jika perdana menteri seorang yang bermaruah dia akan meletak jawatan.

"Seterusnya, jika di dalam suasana biasa, dia boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen," katanya.

Bagaimanapun, Mahathir berpendapat bahawa mengadakan pilihan raya umum ketika negara dilanda pandemik Covid-19 bukanlah satu pilihan kerana boleh membawa kemudaratan.

"Kerana itu, proses yang mungkin boleh dipertimbang ialah memberi peluang kepada parlimen untuk menentu siapakah dalam kalangan ahli-ahli parlimen yang ada yang mempunyai sokongan majoriti.

"Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa ahli parlimen tersebut mempunyai sokongan majoriti, maka dia boleh dipilih untuk menjadi perdana menteri untuk menubuh kerajaan yang baru dan berkhidmat sehingga tamat penggal pemerintahan dan tiba masa untuk Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan.

"Setelah kerajaan baru dapat ditubuh, maka kerajaan ini boleh memilih untuk membentangkan belanjawan yang baru ataupun mengambil belanjawan yang telah ditolak dan dilakukan pindaan-pindaan yang telah diminta dahulu," katanya.

Semua proses itu, katanya, boleh dilakukan melalui sidang khas parlimen dan tidak akan mengambil masa yang begitu lama.

2 comments:

  1. last minit atok saka buat U turn sokong bajet masa dlm dewan nanti,ini sakatua tak bolih dipercayai.janji bertulis pon dia kencing ,inikan pulak janji dimulut aje.

    ReplyDelete
  2. BENCInya pd. si DIKTATOR mahathir PARIAH kerala ni!! Kononnya tolak BELANJAWAN demi RAKYAT - pala HOTAK lu si PENIPU amat BANGSAT, TAMAK, RAKUS, BUAS, FASIS & RASIS!!

    Mana PEGUAM NEGARA/SPRM//PDRM/LHDN paling TAK GUNA?!! Di -
    https://www.malaysia-today.net/2017/10/15/where-klepto-mahathir-has-hidden-his-rm100-billion/

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-