Wednesday, November 25, 2020

Sejarah 1999 parlimen bubar selepas pembentangan bajet ketika pentadbiran Dr Mahathir mungkin berulang

Editor 
mindarakyat.net
November 25, 2020

Prof Sivamurugan Pandian

Penganalisis politik Prof Sivamurugan Pandian berkata sejarah ketika pentadbiran Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri pada tahun 1999 boleh berulang kembali.

“Apa terjadi pada tahun 1999, di mana bajet dibentangkan pada 11 Nov pada tahun itu, perdana menteri pada ketika itu membuat pengumuman bahawa pembubaran parlimen bakal berlaku.

“Pertama kali dalam sejarah parlimen dibubarkan, termasuk bajet yang dibentangkan juga terpaksa dihentikan sehingga pengumuman keputusan pilihan raya (dan) bajet dibentang semula.

“Adakah bermaksud situasi ini boleh terjadi lagi? Ia boleh terjadi jika kerajaan masih tidak mempunyai sokongan dan berasa ini adalah keputusan terbaik dari Belanjawan dibentang tetapi tiada yang menyokong,” jelasnya dipetik portal Astro Awani.

Sivamurugan turut berpandangan bahawa Muhyiddin boleh menasihati Agong untuk membubarkan parlimen atau melantik perdana menteri baru untuk memastikan kerajaan berfungsi.

“Kedua, jika tiada sokongan, ia boleh dianggap oleh sesetengah pihak bahawa ini merupakan isu keyakinan kepimpinan dan mungkin perdana menteri boleh menasihati Agong untuk bubar parlimen atau lantik perdana menteri baru.

“Ini tidak bermaksud kerajaan tumbang, ia akan tetap berfungsi dan pada masa yang sama perdana menteri boleh menafikan bahawa jika tidak berjaya di parlimen, itu tidak bermaksud kerajaan tidak mempunyai keabsahan.

“Malah, darurat juga boleh dicadangkan, bermakna tanggungjawab untuk mendapatkan perhatian dan kelulusan belanjawan diberikan kepada Agong. Ada beberapa perkara boleh dilakukan,” tambahnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-