Sunday, November 22, 2020

Undi belanjawan minggu ini, medan uji setia Umno pada PN

malaysiakini.com
Diterbitkan Hari ini 9:09 am

PARLIMEN | Selepas dua minggu perbahasan di parlimen, pengundian pertama mengenai Belanjawan 2021 dijangka diadakan minggu ini.

Ia bakal menjadi medan ujian penting bagi gabungan parti pemerintah Perikatan Nasional, terutama mengenai sokongan daripada Umno.

Menteri akan mula menggulung perbahasan peringkat dasar mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 pada hari Isnin.

Sekiranya semuanya berjalan lancar mengikut jadual, penggulungan perbahasan akan berlangsung pada hari Khamis, setelah itu akan ada undian mengenai belanjawan.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah bertitah menasihati ahli parlimen supaya menyokong Belanjawan 2021 tetapi keadaan masih kelihatan boleh berubah-ubah.

Bekas perdana menteri Najib Razak berulang kali berkata, BN hanya akan menyokong belanjawan sekiranya terdapat lanjutan moratorium pinjaman dan kebenaran individu mengeluarkan sehingga RM10,000 dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Tetapi Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi membayangkan kerajaan telah membuat penyesuaian terhadap rancangan KWSP yang dapat diterima.

KWSP telah mengumumkan individu yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji, atau tidak mempunyai sumber pendapatan lain boleh mengeluarkan sehingga 10 peratus simpanan Akaun 1 mereka selagi mereka mempunyai simpanan minimum RM100.

Bagaimanapun, Zahid juga meminta kerajaan untuk menguji penguasaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin terhadap Dewan Rakyat.

Pengundian belanjawan dilihat beberapa pihak sebagai proksi untuk undi tidak percaya terhadap perdana menteri.

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pula menggesa ahli parlimen untuk memilih menggunakan hati nurani mereka.

Pengerusi Lembaga Penasihat Umno itu juga mendesak supaya usul undi tidak percaya diperdebatkan.
Sokongan Umno terhadap kerajaan PN didakwa masih lagi tidak menentu kerana parti itu dikatakan tidak berpuas hati tidak dilayan dengan rasa hormat dan selayaknya sebagai parti dengan jumlah ahli parlimen terbesar dalam gabungan longgar pari pemerintah itu.

Muhyiddin pada masa ini hanya mendapat sokongan 112 ahli parlimen di kalangan 222 anggota Dewan Rakyat.

Terdapat juga dua kekosongan berikutan kematian anggota parlimen parti pemerintah (PN, Gerik) allahyarham Hasbullah Osman dan pembangkang (Warisan, Batu Sapi) mendiang Liew Vui Keong.

Sementara itu, pembangkang telah menunjukkan tanda-tanda bahawa mereka mungkin tidak menyokong belanjawan walaupun Putrajaya berusaha untuk menjadikan RUU Perbekalan kelihatan sebagai kerjasama dwiparti.

Salah satu isu yang dipertikaikan ialah peruntukan RM85.5 juta kepada untuk unit propaganda kerajaan Jasa.

Ahli parlimen pembangkang telah mengatakan kepada Malaysiakini sekiranya Belanjawan 2021 tidak dapat diluluskan, Perkara 102 Perlembagaan Persekutuan dapat digunakan untuk membentangkan rang undang-undang terpisah untuk mengizinkan perbelanjaan penting.

Perbelanjaan penting boleh merangkumi emolumen penjawat awam dan perbelanjaan penjagaan kesihatan yang diperlukan untuk memerangi wabak Covid-19.

Jika RUU Perbekalan mendapat undi mencukupi pada minggu ini, ia masih belum berakhir.

Pengundian juga akan diadakan semasa perbahasan pada peringkat jawatankuasa.

Biasanya, segala usaha untuk mengalahkan belanjawan hanya dilakukan semasa pengundian peringkat dasar dan RUU Perbekalan akan melewati peringkat jawatankuasa dengan undi suara.

Walau bagaimanapun, Pakatan Harapan pada tahun 2017 pernah melakukan serangan mendadak semasa pengundian peringkat jawatankuasa Belanjawan 2018 dan kalah dengan hanya dengan satu undi.

[Baca laporan asal]

1 comment:

  1. Artikel MENIPU, MENGHASUT & JAHAT dr. blog SAMPAH, Malaysia Kini yg. ditaja Pengganas2 Zionis George Soros-CIA/MOSSAS,yg. Patut diHARAMkan kat NEGARA ISLAM kita ni!! Bila masa YAM DS Najib terCINTA kita ada ckp. UMNO/BN kena tolak BELANJAWAN - cuma nak PINDAAN!!

    Si PENGKHIANAT2 Dalang2 muka dlm.UMNO, yg. betul2 EJEN2 anwar HOMO JIJIK/DIKTATOR mahathir PARIAH kerala/DAP Parasit, yg. MENOLAK Belanjawan pro-ISLAM/UMATnya & BUMIPUTERA kita ni - patut BERAMBOS dr.UMNO!

    DYMM SPB YDPA terCINTA kita, sbg. KETUA UTAMA NEGARA - boleh menggunakan UNDG2 PERLEMBAGAAN 149 utk. MELULUSkan BELANJAWAN ni, apalagi waktu COVID ni & penolakan Belanjawan ni bersifat POLITIK yg. amat JAHAT & SUBVERSIF, yg. MEMUDARATkan KESELAMATAN & KEBAJIKAN Rakyat, terutamanya oleh rejim Penjajah PH Parasit ZIONIS! Itulah maknanya Sistem Raja Berperlembagaan MEMAYUNGI Sistem Demokrasi Berparlimen kita - dlm. Sistem PEMBAHAGIAN KUASA utk. SEMAK & IMBANG - supaya tiada mana pihak ada KUASA MUTLAK, melainkan ALLAH SWT - berdasarkan ISLAM sbg. AGAMA NEGARA!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-