Saturday, November 28, 2020

Zahid: Harap Bersatu, PAS beri laluan pada Umno di Gerik

malaysiakini.com
Diterbitkan Hari ini 5:04 pm
Ahmad Zahid Hamidi

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berharap Bersatu dan PAS akan memberi laluan kepada calon partinya pada PRK Parlimen Gerik yang dijadualkan berlangsung Januari tahun depan.

Katanya, sokongan Bersatu dan PAS perlu untuk memberi kemenangan di kerusi kubu kuat Umno itu.

"Memandangkan ketika ini kita menghadapi pandemik Covid-19, seharusnya semua pihak termasuk pembangkang perlu mengelakkan pertandingan dalam pilihan raya kecil tersebut sekali gus memberi kemenangan kepada calon Umno," katanya, lapor Bernama.

Ahmad Zahid juga berkata BN akan meletakkan calon tempatan kerana individu itu lebih mengenali dan memahami permasalahan setempat serta kehidupan masyarakat di kawasan berkenaan.

Jelasnya, urusan pemilihan calon diserahkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Saarani Mohamad yang akan mengadakan perbincangan bersama Umno Bahagian Gerik.

"Kita akan memilih yang terbaik dalam kalangan calon terbaik. Kita akan senarai pendek nama-nama itu apabila Umno Bahagian Gerik mengemukakannya kepada Badan Perhubungan Umno Negeri seterusnya mengemukakan (calon) kepada saya selaku Pengerusi BN untuk kita muktamadkan," katanya lagi.

PRK Gerik diadakan susulan penyandangnya Hasbullah Osman (gambar, bawah) meninggal dunia pada 16 November lalu akibat sakit jantung.
Sehari selepas pemergian allahyarham, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa semua parti politik supaya mengelak meletak calon dan memberikan kemenangan tanpa bertanding kepada Umno.

Kata Lim, ini bagi mengekang risiko penularan wabak Covid-19 semasa pilihan raya kecil.

“Pemergian Hasbullah mengundang satu lagi pilihan raya kecil dalam 60 hari, yang boleh menimbulkan risiko kesihatan dan keselamatan awam ketika Malaysia berada di tengah-tengah lonjakan tinggi jangkitan Covid-19.

“Sebagai pengiktirafan khidmat beliau dan bahawa Malaysia berada dalam gelombang ketiga jangkitan Covid-19 yang teruk, seharusnya tidak ada pertandingan dalam pilihan raya kecil oleh parti-parti untuk melawan Umno,” katanya.

Menjawab soalan wartawan, Zahid pada hari ini juga dilaporkan berkata darurat mungkin tidak akan diisytiharkan di Gerik bagi menangguhkan pilihan raya kecil itu kerana Gerik berada di zon hijau Covid-19.

Pada PRU14, Hasbullah menewaskan calon PAS Mohd Dahalan Ismail dan calon Bersatu Ibrahim Mohd Hanafiah.


3 comments:

  1. Replies
    1. PEMBETULAN:

      Ya, inilah yg. SEPATUTnya! Muafakat Nasional PAS-UMNO- JANGAN jadi KULI Bersatu lagi sbb. BELANJAWAN 2021 ni telah menDEDAHkan WAYANG & PERANGKAP jijik & penipu Melayu2 LIBERAL tak guna dlm. Bersatu, yg. disyaki EJEN2 PENJAJAH PH-DIKTATOR mahathir PARIAH kerala/PKR homo/DAP Parasit!!

      Delete
    2. Dan kematian menyedihkan YAB Allahyarham Dato' Hasbullah ni mmg. amat menCURIGAkan! Kerana beliau juga memegang jawatan2 PENTING lain spt. sbg. PENGERUSI Syarikat GLC Perumahan Negara (SPN) dan anggota PAC (yg. sblm. ni kehilangan 2 Pemimpin2 UMNO yg. diHINA/diGERTAK oleh penyokong2 rejim PH sampai depa berhenti)!!

      Dan sebaik shj. Dato' Hasbullah meninggal, PENGERUSI PAC rasus, fasis & penipu dr. DAP Parasit tu - terus MENYERANG Agensi2 Kerajaan pro-ISLAM/UMATnya & BUMIPUTERA masa bawah YAM DS Najib & KERAJAAN BN, terutamanya Yayasan WP & LTAT!

      Dan PAC ini makin terus diDOMINASI DAP bangkai ni!!

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-