Friday, December 4, 2020

Ahmad Faizal tiba di Istana Kinta untuk mengadap Sultan Perak

Shaq Ismail
-December 4, 2020 6:06 PM
Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu yang akan berundur tiba di Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak.

IPOH: Kereta Toyota Camry yang membawa Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu tiba di Istana Kinta pada 5.15 petang untuk mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenaan situasi semasa kerajaan Perak.

Faizal hilang sokongan majoriti selepas usul percaya yang dikemukakan terhadapnya oleh ADUN Pengkalan Baru, Abdul Manaf Hashim diundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) pagi tadi.

Dalam undian yang dipengerusikan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Mohamad Zahir Abdul Khalid, hanya 10 ADUN menyokong kepimpinan Faizal, berbanding 48 yang membantah dan satu undi rosak.

Sebelum itu, kenderaan yang membawa Speaker Mohamad Zahir Abdul Khalid tiba di Istana Kinta kira-kira 4.40 petang.

Beliau kemudian dilihat keluar dari perkarangan istana pada 5.10 petang selepas kira-kira 30 minit.

Terdahulu kenderaan yang membawa Setiausaha Kerajaan Negeri, Ahmad Suaidi Abdul Rahim, dan Penasihat Undang-undang Negeri, Azmir Shah Zainal Abidin, paling awal tiba di istana, manakala kenderaan yang membawa Sultan Perak, tiba 3.45 petang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-