Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Tuesday, December 1, 2020

Lebih 1,400 kes jangkitan Covid-19, sembuh lagi tinggi

FMT Reporters
-December 1, 2020 6:18 PM
PETALING JAYA: Bilangan pesakit Covid-19 yang sembuh daripada penyakit virus korona itu dilaporkan 1,552 orang dalam tempoh 24 jam lalu, mengatasi 1,472 kes jangkitan baharu.

Daripada jumlah jangkitan baharu itu, 1,467 kes merupakan penularan dalam negara, kata Kementerian Kesihatan.

“Secara keseluruhan dalam tempoh seminggu yang lepas, negeri-negeri di seluruh Malaysia menunjukkan jumlah pelaporan kes harian yang lebih stabil,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Selangor melaporkan kes jangkitan tertinggi hari ini, dengan 891 kes, diikuti Sabah dengan 267 kes, dan Negeri Sembilan 146 kes.

Hisham menjelaskan sebahagian besar kes yang dilaporkan kebelakangan ini berpunca dari tapak binaan dan kilang.

“Angka yang tinggi ini susulan perluasan pengesanan kes secara aktif dan pengesanan kontak rapat yang dijalankan di lapangan,” katanya.
Kluster Teratai sahaja pada hari ini melaporkan sebanyak 778 kes daripada keseluruhan jumlah kes harian, bersamaan 52.9%. Kluster sama juga menyumbang 87.3% daripada kes harian di Selangor.

Negeri lain yang melaporkan kes positif hari ini Negeri Sembilan (146), Johor (68), Pulau Pinang (29) Kuala Lumpur (29), Kedah (21), Perak (13), Kelantan (10), Sarawak (1).
Ketika ini, sebanyak 10,492 pesakit sedang dirawat, dengan 120 orang di unit rawatan dan 44 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiga kematian dilaporkan hari ini, semuanya di Sabah.

2 comments:

  1. PENJENAYAH betul sy. TOP GLOVE ni! Hampir 5000 pekerja ASING dia diJANGKITI Covid-18 - akibat TAK diSARING selama ni, disyaki sbb. ramai PATI2 lah tu!! PENJARAkan TOKEY2 DAPpengganas TOP GLOVE ni, PEGUAM NEGARA baru!!

    Lihat di -
    https://malaysiadateline.com/52-dari-1472-kes-baharu-dari-kluster-teratai/

    ReplyDelete

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-