Saturday, December 5, 2020

PAS Perak tunggu arahan...

MyMetro
Balqis Jazimah Zahari
am@hmetro.com.my

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Ipoh: PAS Perak menunggu arahan pimpinan di peringkat Pusat berhubung pembentukan kerajaan baharu negeri, kata Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.

Razman berkata, PAS masih mengekalkan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Umno sekali gus mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perak yang dibentuk sebelum ini.

"Bagi pihak Pas, kita setakat ini tunggu arahan dan keputusan pimpinan tertinggi untuk pembentukan kerajaan. Perkara ini membabitkan politik nasional.

"Sekarang ini Perak tiada kerajaan dan menunggu titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, siapa yang ada majoriti melantik kerajaan baharu dan kita meneruskan kerja seperti biasa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas turut serta di dalam sidang media Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di Laman Seri Ridzuan, di sini, malam ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut apabila ditanya sama ada wujud gabungan baharu dalam pembentukan kerajaan baharu Perak.

"Apa yang pasti PAS kekal mempertahankan prinsip bahawa kami tidak akan bersama Bersatu sahaja tanpa Umno, dan tidak akan bersama Umno sahaja tanpa Bersatu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Disember 2020 @ 9:03 PM

1 comment:

  1. bukan masanya untuk mengungkit perkara yang lepas kerana ia tidak akan menguntungkan apa jua sekali pun, apa yang perlu lakukan parti2 gabungan pn terus bersama dan kekalkan majoriti walaupun tipis bersamalah dibawah pn sehingga pru15, kuatkan kemuafatan melayu, jauhkan dapig dan parti belaan dapig dan parti walak dengan dapig dari menguasai perak

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-