Friday, December 4, 2020

PAS tidak akan tinggal PPBM, Umno perlu hormat, kata Shahril Hamdan

FMT Reporters
-December 4, 2020 10:34 AM
Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan berkata, jelas bahawa PAS mahu berada bersama Umno dan PPBM bagi menghadapi PH.

PETALING JAYA:Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan berkata, parti itu tidak perlu membuang masa bercakap soal masa depan dengan PAS tanpa terikat dengan PPBM.

Dalam catatan di Facebook selepas wawancara dengan Ketua Pemuda PAS, Khairil Nizam Khiruddin, Shahril berkata, keputusannya sudah jelas, iaitu PAS tidak akan meninggalkan Umno atau PPBM.
Shahril Hamdan.
Katanya, PAS juga tidak mahu berlaku pertembungan antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dan mahu pertandingan satu lawan satu menentang Pakatan Harapan (PH) bagi memastikan kemenangan.

“PAS tidak ada hasrat untuk tinggalkan Umno, malah amat menghargai persahabatan bersama Umno. Pada masa sama, PAS tidak ada hasrat untuk tinggalkan PPBM.

“Jika berlaku pertembungan tiga penjuru antara Umno, PPBM dan PH di sesebuah kawasan, maka PAS dalam ‘impossible situation’ dan mungkin ambil pendekatan berkecuali.

“Yang untung adalah PH,”kata Shahril

BERITA LANJUT MENYUSUL

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-