Monday, January 18, 2021

Annuar kitar skrip sama untuk pecah belah Umno, kata Puad Zarkashi

FMT Reporters
-January 18, 2021 9:15 PM

(Gambar Bernama)

PETALING JAYA : Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi meyifatkan Annuar Musa sebagai “pelaksana” rancangan musuh untuk menjatuhkan Umno, namun menegaskan matlamat itu tidak akan berjaya.

Beliau berkata Annuar mengitarkan “skrip sama” mengenai isu kerjasama dengan DAP dan presiden PKR, untuk memecahbelahkan Umno.

“Skrip dia sama. Presiden pecat dia; Umno mahu Anwar (Ibrahim) jadi PM; Umno bergabung dengan DAP; dan Umno berpecah,” kata Puad dalam catatan terbaru di Facebooknya.

Puad menyifatkan Annuar sebagai “pelaksana ‘game plan’ musuh,” justeru berkata Ahli Parlimen Ketereh itu “menghentam” presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan parti itu sendiri secara berterusan.

Kenyataan Puad itu dibuat di sebalik dakwaan Annuar bahawa kalangan pemimpin Umno terbuka untuk bekerjasama dengan DAP dan Anwar.

Annuar disingkir sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional oleh pengerusi BN dan presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini, sekali gus menambah pergolakan dalam Umno.

Puad menuduh Annuar bersubahat dengan Muhyiddin untuk menjatuhkan Umno untuk memperkuatkan pengaruh PPBM.

Muhyiddin adalah presiden PPBM yang menjadi tunjang kerajaan Perikatan Nasional pimpinan beliau.

Puad sekali lagi menegaskan Umno tidak mahu bekerjasama lagi dengan PPBM kerana parti itu “jelas menikam Umno dari belakang.”

“Selepas 11 bulan (Umno) bersama PN, PPBM adalah kawan yang tidak jujur,” kata Puad.

Puad berkata dakwaan Annuar bahawa Umno mahu bekerjasama dengan DAP dan Anwar tidak timbul sama sekali.

“Dalam pertemuan Ketua Bahagian pada 5 Jan dan Mesyuarat MKT pada 6 Jan, tidak berbangkit pun isu Anwar dan DAP. Jelas Annuar Musa mahu UMNO bermain dalam galeri dia,” kata Puad.

2 comments:

  1. PECAT Annuar KULI HINA si Melayu2 LIBERAL Bersatu ni - dr. UMNO segera!!

    Itulah yg. nak GANTUNG Undg2 Perlembagaan, Sistem Demokrasi Berparlimen sbg. Semak & Imbang, dan Parlimen apahal, melalui ORDINAN DARURAT HARAM, yg. mana ORDINAN2 DARURAT kena BENTANG dulu di PARLIMEN sblm. dpt. diLULUSkan berdasrkan UBDG2 PERLEMBAGAAN 150 (3)- sdgkan KEDAI BAJU DALAM Barat amat LUCAH spt. VICTORIA's SECRET pun diBENAQkan berOPERASI waktu PKP!! Mmg. GILA betul rejim DIKTATOR Muhyiddin/BERSATU liberal/PN FASIS, RASIS, TAMAK, BUAS, ANGKUH, PENIPU & RAKUS ni!!

    Maka, DYMM SPB YDPA - mesti kembalikan Sistem DEMOKRASI BERPARLIMEN ni berdasarkan KEBENARAN & KEADILAN tulen yg. diTUNTUT oleh ISLAM sbg. AGAMA NEGARA & SUMPAH JAWATAN DYMM SPB YDPA utk. memPERTAHANkan ISLAM setiap masa, berdasarkan UNDG2 PERLEMBAGAAN keramat kita, dan PECAT segera Muhyiddin sbg. PM, yg. MENIPU DYMM SPB YDPA & MAJLIS RAJA2, utk. memerintah sbg. DIKTATOR KUKU BESI kerana telah hilang MAJORITI di DEWAN RAKYAT!!

    Lihat di -
    https://ismaweb.net/2021/01/17/gantung-perlembagaan-tak-bantu-pulihkan-pandemik-covid-19-tok-mat/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan kali ni SETUJU dgn. Khairuddin ni - sbb., adakah SAH utk. DIKTATOR Muhyiddin MENASIHATI DYMM SPB YDPA utk. perKENANkan DARURAT, apalagi DARURAT POLITIK muhyiddin/BERSATU liberal amat JIJIK - sdgkan muhyiddin dah HILANG Majoriti, di DEWAN RAKYAT, maka perlu meletakkan jawatan sbg. PM berdasarkan UNDG2 PERLEMBAGAAN ?!

      Lihat di - https://www.malaysia-today.net/2021/01/18/khairuddin-saman-muhyiddin-berhubung-pengisytiharan-darurat/

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-