Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Thursday, January 14, 2021

Keputusan Agong pun dicabar, layak ke Anwar pimpin negara?

ismaweb.net
Siti Hafidah

Dulu masa memerintah tak betul-betul bantu rakyat, sekarang konon sibuk berjuang


BANGI, 1 Jamadilakhir 1442H, Khamis Rakyat menempelak cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya semua Ahli Parlimen menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon perkenan Baginda membatalkan proklamasi darurat dan menitahkan sidang Parlimen diadakan secepat mungkin.

Rata-rata pengguna media sosial mendakwa Ketua Pembangkang itu kemaruk kuasa sehingga sanggup mencabar keputusan Baginda yang memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dikritik kerana lebih mementingkan politik daripada membantu rakyat yang terjejas susulan bencana banjir dan pandemik COVID-19.

Terdahulu, Anwar dilaporkan telah menghantar surat kepada semua Ahli Parlimen bagi mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong.

Warkah berkenaan bagi memohon perkenan Baginda membatalkan proklamasi darurat dan menitahkan sidang Parlimen diadakan secepat mungkin.

“Dalam surat terbabit, saya mencadangkan kepada semua Ahli Parlimen supaya mengemukakan rayuan dalam kadar segera. Warkah terbabit juga hendaklah disesuaikan menurut pertimbangan mereka atau parti,” katanya.

Tidak berpuas hati dengan cadangan itu, netizen dikenali sebagai Nur Azmawani Azmi mempersoalkan sama ada Anwar yang mencabar keputusan Agong berhubung darurat ini layak memimpin negara.

“Keputusan Agong pun nak dicabar. Layak ke memimpin negara? Sedangkan Rukun Negara kedua kesetiaan kepada raja dan negara,” katanya.

Ahmad Ramdzam pula menggesa Anwar memberi fokus kepada pandemik COVID-19 termasuk langkah untuk membendung dan membantu rakyat yang terkesan.

Tegasnya, rakyat tidak hormat pada Ahli Parlimen yang sibuk berpolitik mengejar kuasa semata-mata.

“Masa memerintah dulu tak buat betul-betul nak bantu rakyat sekarang masing-masing sibuk konon berjuang demi rakyat,” katanya.

Sementara bagi Nurhazariah Allaminah, ahli politik seperti Anwar tidak mengambil kisah apa yang terjadi pada rakyat.

“Rakyat susah ke, nak mati ke. Mana mereka nak peduli. Yang mereka tahu jawatan. Kalau boleh kekalkan jawatan atau naikkan lagi jawatan.

“Itu belum kalau yang ada kes mahkamah. Apa kata rakyat pula utus warkah pada YDPA untuk tarik balik pengampunan dia (Anwar) ini,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

No comments:

Post a Comment

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-