Thursday, January 28, 2021

Sikap kepuraan pemimpin akan hancurkan negara – Anwar

 puteradaily.com

January 28, 2021 8:38 am

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata banyak negara menjadi jahanam apabila adanya penguasa yang menganggap dirinya serba tahu.

Katanya, sikap penguasa yang hanya berpura-pura bercakap soal kepentingan dan keprihatinan rakyat dalam masa yang sama rasuah berleluasa, perbuatan itu mesti dihentikan.

“Dalam rasuah banyak pun boleh bercakap soal jaga rakyat, prihatin pada rakyat tetapi apabila fikir soal kuasa dan kepentingan dia… Ini mesti dihentikan,” tegas Anwar dalam sesi secara langsung di Facebooknya malam tadi

Kerana inilah katanya bertindak menyaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yaasin dan kerajaan disebabkan sudah terpesong.

Apatah lagi katanya, kerajaan Perikatan Nasional hari ini bertugas bertentangan dengan semangat perlembagaan walaupun darurat dalam Perlembagaan perkara 105(3) bahawa Parlimen boleh berjalan sendiri.

“Tidak boleh terima pandangan lain inilah keangkuhan kuasa.

“Oleh sebab itulah saya selaku Ketua Pembangkang tampil untuk mengemukakan pertimbangan untuk mahkamah saman perdana menteri dan kerajaan.

Kita mengatakan PM tidak menjalankan tanggungjawab dia.

“Pertama dia dah hilang pun majoriti, dia patut nasihat YDPA keadaan sebenar.

“Kedua kalau hendak tangani Covid kita semua tidak kira kerajaan dan pembangkang mesti setuju semua, hendak bagi bantuan tambahan kepada barisa hadapan kita setuju, nak tambah peruntukan kepada kemudahan hospital kita setuju, nak tambah masa PKP untuk kawal covid kita setuju.

“Tidak ada bantahan hal-hal demikian melainkan cadangan balas dan pandangan pakar-pakar yang sudah ada tetapi apa yang dilakukan ialah sytihar darurat,” katanya.

Anwar berkata, selepas tindakan beliau ke mahkamah timbul pula tuduhan Anwar hendak derhaka sedangkan beliau menolak untuk menyentuh raja.

“Kita tahu ucapan menteri terdahulu jauh lebih kesar menyerang raja kita, saya hanya menyanggah keputusan PM.

“Kenyataan yang dibuat kononya hendak mempertahankan raja tetapi sengaja mengheret raja dalam hal ini.

“Saya nyatakan perdana Menteri, kamu Tan Sri Muhyiddin dan kerajaan patut sampaikan nasihat yang betul berdasarkan peruntukan undang-undang dan perlembagaan,” ujarnya. 

MD

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-