Thursday, February 25, 2021

Kenyataan Najib tidak wakili suara akar umbi – Mohd Alfie

bebasnews.my
By Admin
-25/02/2021

Mohd Alfie Zainal Abidin

SHAH ALAM – Kenyataan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak bahawa parti itu sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja termasuk musuh politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hanyalah pandangan peribadi semata-mata.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Subang, Mohd Alfie Zainal Abidin berkata, pandangan Ahli Parlimen Pekan itu juga tidak mewakili suara akar umbi meskipun mampu mempengaruhi mereka atas pengaruh beliau sebagai bekas Perdana Menteri.

Menurutnya, beliau yakin akar umbi lebih sabar menantikan keputusan akhir parti dan lebih menuntut Pemilihan Agung UMNO diadakan sebelum PRU15 bagi menentukan suara sebenar parti.

“Pemilihan Agung UMNO perlu dipercepatkan sebelum PRU15 kerana penentuan kepimpinan baharu parti yang membawa suara sebenar akar umbi.

“Lebih lama kita tangguh, saya bimbang lebih banyak masalah dibawa pemimpin-pemimpin yang mendakwa membawa suara akar umbi,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib yang menegaskan bahawa tidak mustahil UMNO boleh bekerjasama dengan pihak atau parti yang telah dilabel sebagai musuh politik seperti DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menerusi wawancara bersama Astro Awani, Najib menegaskan bahawa UMNO sememangnya mengamalkan pendirian terbuka kepada semua pilihan.

Bagaimanapun, katanya, ia haruslah mendapat persetujuan pemimpin dan akar umbi.

Sementara itu, Mohd Alfie berkata, tiada masa untuk parti mengamalkan sikap keterbukaan dalam bekerjasama dengan mana-mana politik dengan syarat, aspek keikhlasan dan kebolehpercayaan dalam soal kerjasama mesti ditekankan.

“Tapi kalau kita nak buat satu pakatan politik baharu dan tidak berdasarkan pada kebolehpercayaan atau ‘trust’, lambat laun ia akan runtuh.

“Ia (telah pun) berlaku pada Pakatan Harapan (PH) sebab asas kepercayaan itu tidak ada,” kata beliau.

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-