Monday, March 8, 2021

Muafakat antara BERSATU, PAS, UMNO perlu diterus selepas PRU-15

bharian.com
Mac 8, 2021 @ 10:53pm

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man

KLUANG: PAS mahu melihat 'muafakat politik' yang termeterai di bawah Perikatan Nasional (PN), antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PAS dan UMNO diteruskan sehingga selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), demi masa depan negara.

Justeru, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menasihati pemimpin ketiga-tiga parti itu untuk terus mendukung kerajaan sedia ada, sekali gus memberi fokus kepada isu rakyat yang menanggung beban berikutan pandemik COVID-19 dan kurangkan politik dalaman yang mengganggu tumpuan.

"Saya yakin muafakat politik ini bukan sahaja untuk parti tetapi untuk masa depan negara dan seluruhnya. Sebarang keputusan politik membabitkan masa depan negara, jadi bagi PAS, kita lihat ketiga-tiga parti perlu teruskan muafakat bukan sahaja sampai Pilihan Raya Umum (PRU) tetapi sampai selepas PRU nanti.

"Apabila kita dukung kerajaan, kita dukunglah kerajaan (PN) ini. Jangan timbul pandangan yang menyebabkan situasi tidak berapa selesa untuk rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis undi perdana kerja-kerja di bawah peruntukan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) di sini hari ini.

Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata, sepatutnya apa-apa perkara (yang menjadi percanggahan) boleh diselesaikan menerusi perundingan dan mencari jalan keluar.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Annuar yang menyifatkan UMNO, PAS dan Bersatu bukanlah musuh sebaliknya pesaing dan sebaliknya wujud kekeliruan yang cuba menyembunyikan musuh politik sebenar mereka.

BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-