Monday, March 8, 2021

Umno, PAS, dan PPBM ‘pesaing’, bukan musuh, kata Annuar

FMT Reporters
-March 8, 2021 11:32 AM


PETALING JAYA: Umno, PAS, dan PPBM bukan musuh tetapi pesaing, kerana ketiga-tiga parti itu mendukung cita-cita perjuangan yang sama, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa.

Beliau berkata dakwaan menggambarkan ada permusuhan antara mereka cubaan pihak tertentu untuk menyembunyikan hasrat bekerjasama dengan musuh sebenar.

Annuar berkata suatu parti boleh dianggap musuh sekiranya ia mempunyai fahaman berbeza dan bercita-cita untuk melenyapkan perjuangan satu-satu pihak.

“Parti-parti Melayu yang mendukung cita-cita perjuangan sama bukan musuh tetapi mereka mungkin pesaing,” katanya di Facebook.
Annuar Musa.
“Ada usaha yang cuba menggambarkan kononnya satu pihak itu musuh, walau sebenarnya tidak.”

Annuar menambah “dendam mendalam” juga menyebabkan kawan dianggap musuh dan musuh cuba dijadikan kawan.

“Itulah politik menghalalkan cara. Politik Islam tidak begitu,” katanya.

Baru-baru ini, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, mengingatkan ahli bahawa ada pihak cuba mengawal parti itu atas nama “penyatuan ummah”, menggunakan “broker bertaraf jurucakap”.

Sekiranya berjaya, jenama Umno boleh digunakan dan jutaan ahlinya boleh dikawal dari jauh dan “dikudakan”.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-