Wednesday, August 4, 2021

Anwar dakwa ada majoriti, Zahid pula dakwa ada tambahan Surat Akuan

agendadaily.com
4/8/2021

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anak muridnya Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Jika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa memiliki majoriti di Parlimen, anak muridnya pula mendakwa memiliki Surat Akuan tambahan yang tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendakwa sudah menghantar Surat Akuan yang lebih banyak kepada Yang di-Pertuan Agong dan senada dengan Anwar dengan mendesak supaya Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin memanggil Sidang Khas Parlimen untuk membuktikannya keabsahannya.

“Setelah Majlis Kerja Tertinggi membuat ketetapan mutakhir pada 3 Ogos lalu bagi menarik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas asas mahu berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong, jumlah Surat Akuan Ahli-Ahli Parlimen UMNO telah bertambah,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujarnya, surat tersebut adalah tambahan kepada Surat Akuan yang sudah dihantar pada 30 Julai lalu kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Ini cukup untuk menunjukkan kepimpinan beliau sudah hilang majoriti, biarpun sebenarnya jumlah berkenaan melebihi daripada itu,” katanya.

Awal hari ini, Muhyiddin selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong memberitahu mendapat perkenan untuk membuktikan keabsahan sebagai PM yang akan dilakukan pada sidang Dewan Rakyat September ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-