Tuesday, August 3, 2021

Dr M akui salah langgar SOP, tak patut sertai himpunan Ahli Parlimen pembangkang

freemalaysiatoday.com
Faiz Zainudin
-August 3, 2021 4:15 PM


PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau melakukan kesalahan apabila menyertai perhimpunan Ahli Parlimen pembangkang diketuai Anwar Ibrahim semalam bagi membantah penangguhan sidang khas Dewan Rakyat selama dua minggu.

Bekas perdana menteri itu berkata, perhimpunan sedemikian tidak sepatutnya diadakan ketika negara berdepan penularan wabak Covid-19 yang tinggi.

“Saya mengakui saya sendiri buat salah. Semalam saya hadir perjumpaan wakil rakyat (pembangkang) mula-mula saya fikir nak duduk dalam kereta nak tunjuk saya sokong. Bila sampai orang kumpul saya pergi dan duduk dengan orang.

“Hari ini saya lakukan ujian lagi sekali, negatif. Tapi itu tak patut saya lakukan (sertai himpunan), majlis seumpama itu tak harus diadakan. Kalau nak ada perjumpaan patut buat secara ‘online’, melalui zoom, kalau nak protes guna zoom,” katanya menerusi wawancara “Solusi Selamatkan Malaysia” di Facebook Reset Malaysia.

BERITA LANJUT MENYUSUL

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-