Wednesday, August 4, 2021

Rakan sulit sokong 100% tindakan Zahid tapi bukan untuk jadi PM

agendaily.com
4/8/2021

Pakatan Harapan berterima kasih dan menyokong tindakan Zahid Hamidi dan seterunya di dalam MT UMNO yang kali ketiga mengumumkan tidak lagi bersama Perikatan Nasional.

Tindakan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dan seterunya mengumumkan buat kali ketiga bahawa mereka tidak lagi menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, sangat dialu-alukan ‘rakan sulit’ mereka Pakatan Harapan (PH).

Malah, tidak mustahil PH akan cuba membuktikan mempunyai majoriti di Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan, sekali gus meletakkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di kerusi Perdana Menteri (PM), kerana dia adalah satu-satunya calon yang dipersetujui gabungan parti cauvinis DAP itu.

Parti Amanah Negara (AMANAH) berasa lega dan berterima kasih kepada Zahid dan seterunya dalam MT UMNO kerana membuat keputusan kali ketiga itu semalam.

Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad berkata mereka bersyukur dan berterima kasih kepada Zahid kerana menunaikan janji menarik sokongan terhadap PN.

Sehubungan itu Khalid mencadangkan PH untuk memimpin kerajaan kerana gabungan itu memiliki majoriti yang boleh meneraju negara.

“Saya mencadangkan agar Seri Paduka bertanggungjawab dan amanah dalam memilih kerajaan baharu yang boleh memimpin negara kita dengan baik,” katanya memetik laporan Utusan Online.

Petang semalam Zahid sekali lagi mengumumkan – untuk kali ke tiga – bahawa MT UMNO menarik balik sokongan kepada kerajaan PN dan Perdana Menteri.

Dua lagi pengumuman sama telah dibuat sebelum ini tetapi kerajaan PN tidak tergugat.

Tindakan Zahid dan seterunya di dalam MT UMNO itu sudah dijangka kerana mereka kini lebih pro kepada pembangkang diketuai Anwar yang lebih awal mendakwa mempunyai sokongan kuat untuk menjadi Perdana Menteri.

Malah, Zahid dan Anwar juga pernah berbincang strategi politik dalam lip audio yang tular pada April lalu.

Penafian demi penafian, bagaimanapun kebenaran hari ini sudah terbukti sememangnya wujud kerjasama sulit Presiden PKR dengan Presiden UMNO itu, malah Shamsul Anuar adalah watak utama yang berjaya merungkai setiap babak yang diperkatakan dalam klip audio tersebut.

Naratif yang digunakan adalah kononnya kerajaan derhaka, perancangan yang diatur sejak berbulan-bulan lalu akhirnya membuahkan hasil dan kini hanya tinggal untuk menabalkan Anwar sebagai Perdana Menteri baharu yang diangkat oleh ‘Kluster Mahkamah’ sebagai wira agung mereka selepas ini.

Malah Zahid juga sudah terdesak berdepan 80 pertuduhan jenayah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana kerana kes-kes rasuah, pengubahan wang haram dan lain-lain, tetapi Perdana Menteri enggan membantu melepaskannya daripada semua pertuduhan itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-