Monday, August 2, 2021

Rakus nak kuasa tak hirau rakyat, perangai sama baju hitam dengan Anwar

agendadaily.com
2/8/2021

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap calon Perdana Menteri bersama bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad di Dataran Merdeka pagi tadi.

Kumpulan baju hitam dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sama rakus untuk berkuasa sehingga tidak menghiraukan kepentingan rakyat apabila sanggup membahayakan nyawa orang lain dengan tidak menghiraukan ancaman Covid-19.

Walaupun mengetahui penularan Covid-19 semakin meningkat, kumpulan baju hitam dan blok pembangkang yang diketuai Anwar nampaknya tidak bertanggungjawab kerana masih cuba menghuru-harakan negara dengan agenda kepentingan peribadi.

“Ini satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Ini bagi saya, pembangkang sudah hilang kredibilitinya. Asyik cakap soal patuh SOP (prosedur operasi standard). Ini jelas mereka tidak menghormati SOP dan tidak hormat langsung dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah. Semua isu nak dipolitikkan.

“Kalau tengok apa yang dikatakan pembangkang pagi tadi, mereka letakkan agenda politik berbanding kesihatan rakyat,” kata Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Wan Saiful Wan Jan manurut Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian mengulas situasi Ahli-Ahli (MP) Parlimen pembangkang yang berkumpul di Dataran Mereka pagi tadi setelah tidak dibenarkan memasuki Parlimen hari ini.

Pagi tadi semasa berhimpun di Dataran Merdeka, Anwar mendakwa kerajaan Perikatan Nasional sudah tumbang apabila MP menarik sokongan mereka terhadap pentadbiran Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain Anwar, antara pemimpin utama blok pembangkang yang lain hadir bersama adalah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal dan Pengerusi Parti Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan rakan karibnya, Datuk Seri Najib Razak yang dikaitkan dengan pakatan bersama Anwar tidak menghadiri himpunan pagi ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-