Sunday, September 19, 2021

Makkal Sakti jadi calon BN dalam PRU-15 – Zahid

bebasnews.my
By Arrazaq Nazri
-19/09/2021


KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) tidak menolak kemungkinan untuk memberi tempat kepada Parti Makkal Sakti Malaysia (Makkal Sakti) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ruang bakal diberikan setelah parti tersebut setia bersama BN selama 13 tahun, sekali gus tempat sama ada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) diberi kepada parti itu.

“Jadikan Makkal Sakti sebagai aset. Saya berasakan apabila diminta, Presiden Makkal Sakti, R. S. Thanenthiran tadi untuk calon-calon daripada Makkal Sakti bertanding dalam PRU15 dan telah berbincang dengan rakan-rakan dalam BN, kita akan memberi tempat pada PRU-15 dalam Parlimen atau DUN nanti,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Parti Makkal Sakti di Auditorium UMNO, Menara Dato Onn hari ini.

Terdahulu, Naib Presidennya, Datuk V. Saravana Kumar berkata, pihaknya telah bertemu dengan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan menyatakan hasrat untuk menjadi komponen dalam BN, bukannya sekadar gabungan semata-mata.

Jelas Saravana lagi, dengan cara itu pihaknya boleh memberi sumbangan kepada masyarakat dengan lebih menyeluruh.

Bebasnews

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-