Tuesday, October 26, 2021

60 tahun UMNO bertanding sendiri, tak ada masalah nak menang: Asyraf

agendaily.com
26/10/2021

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Foto kredit Facebook Asraf Wajdi

Tidak ada masalah untuk UMNO menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kerana selama ini pun bertanding sendiri tanpa sebarang kerjasama dengan mana-mana parti, kata Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Ketua Pemuda UMNO itu yakin partinya dapat menempuh PRN dengan kemenangan bergaya walaupun terpaksa bergerak secara solo dengan menggunakan tiket Barisan Nasional (BN), malah bersedia tanpa kerjasama dengan PAS dan Bersatu sekalipun.

“Kita telah bertanding sendiri selama lebih 60 tahun sebagai BN.

“Atas asas itu, saya tak fikir kita akan berdepan masalah sangat (untuk melakukannya),” kata semasa sidang media hari ini.

Asyraf tidak mengharapkan kerjasama dengan Bersatu untuk menghadapi PRN, sebaliknya sedia menerima kerjasama dengan PAS untuk mengharungi PRN.

“Tentulah ahli kita sangat harapkan Umno dan PAS kekal bersama.

“Tetapi semua bergantung kepada PAS (pada masa ini),” lagi.

Pada September 2019, UMNO dan PAS mencatat sejarah dengan memeterai kerjasama Muafakat Nasional (MN).

Dua parti itu kemudiannya bekerjasama dalam empat pilihan raya kecil (PRK), iaitu Tanjung Piai, Kimanis, Chini dan Slim.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 November ini sebagai hari penamaan calon, pengundian awal (16 November) dan pengundian biasa (20 November).

Khamis ini, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan memuktamadkan sama ada bersedia berdepan pertandingan tiga penjuru ataupun bekerjasama dengan parti lain.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-