Saturday, October 16, 2021

Anwar tak setuju gaji, elaun RM33.5k sebulan untuk ketua pembangkang

malaysiakini.com
Diterbitkan: Oct 16, 2021 10:34 PM


Anwar Ibrahim tidak setuju dengan gaji bulanan serta elaun yang akan diterimanya sebagai ketua pembangkang, selepas jawatan itu diberi kedudukan setaraf menteri.

Dalam kenyataan malam ini, Anwar yang merupakan pengerusi PH itu berkata dia akan menyalurkan wang tersebut kepada orang miskin.

Anwar berkata, berdasarkan surat tawaran oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, ketua pembangkang akan menerima gaji dan elaun bulanan sebanyak RM33,560.20 serta elaun pakaian berjumlah RM9,000 untuk tempoh tiga tahun.

Berikut gaji, elaun serta kemudahan lain yang akan diterima ketua pembangkang, menurut Anwar.
RM14,907.20 gaji bulanan
RM12,320 sebulan untuk elaun keraian
RM1,500 sebulan untuk bayaran khas
RM4,000 sebulan untuk elaun rumah
RM833 sebulan untuk elaun selenggara rumah
RM6,000 elaun pakaian panas (sekali dalam tiga tahun)
RM1,500 elaun pakaian upacara rasmi (sekali dalam tiga tahun)
RM1,500 elaun bayaran pakaian ‘black tie’ (sekali dalam tiga tahun)
Sebuah kereta rasmi serta penggunaan kenderaan peribadi untuk tugas rasmi


"Beberapa kemudahan lain yang setaraf menteri tidak dapat saya terima sama sekali. Malah, saya akan menyalurkan dana tersebut untuk tabung rakyat miskin," katanya.

Dia juga berkata telah memberitahu pihak Parlimen untuk tidak membuat sebarang pengubahsuaian dan menyediakan peruntukan tambahan untuk pejabatnya.

[Berita lanjut menyusul]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-