Wednesday, October 20, 2021

Kibar bendera Bersatu, Shahidan didakwa langgar disiplin parti

agendaily.com
20/10/2021
Datuk Seri Shahidan Kassim.

Datuk Seri Shahidan Kassim didakwa melanggar disiplin parti dengan mengibar bendera parti Bersatu semasa Majlis Perasmian Berkelompok Mesyuarat Cawangan-cawangan UMNO Bahagian Arau.

Shahidan yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Arau turut didakwa mengedarkan draf usul yang bertentangan dengan keputusan parti kepada ketua-ketua cawangan dan ketua-ketua sayap cawangan.

Dakwaan tersebut disuarakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Arau, Syed Atif Syed Abu Bakar dalam sepucuk surat aduan pelanggaran parti.

Dalam surat tersebut, Syed Atiff menggesa agar tindakan dan pengajaran tegas diambil terhadap Shahidan, lapor Sinar Harian.

“Beliau telah membuat ucapan yang jelas bertentangan dengan keputusan parti semasa majlis tersebut.

“Selain itu, beliau juga mengibarkan bendera Bersatu bersama-sama bendera UMNO sebagai hiasan di ruang majlis perasmian,” katanya melalui surat yang ditujukan kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan bertarikh 18 Oktober 2021.

Syed Atif berkata lagi, aduan secara asasnya dibuat bagi mengelakkan kekeliruan berterusan dalam kalangan ahli-ahli pimpinan pelbagai peringkat khususnya di bahagian Arau dan negeri Perlis.

“Demi menjaga nama baik dan maruah parti serta mengelakkan masalah perpecahan yang serius pada masa hadapan, diharapkan aduan ini dapat diberi perhatian sewajarnya agar tindakan dan pengajaran yang tegas tanpa memilih bulu dapat diambil,” tegas Syed Atif.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-