Wednesday, October 27, 2021

Wang RM114 juta dipulangkan, Najib jangan kedekut hulur kepada jentera Melaka

agendaily.com
27/10/2021

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan 'kuasa' kepada rakan karibnya Datuk Sri Najib Razak yang mendapat RM114 juta untuk mengendalikan parti ketika ketiadaannya.

Jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) sangat mengharapkan Datuk Seri Najib Razak yang sudah dikembalikan wang sitanya bernilai RM114 juta dapat membantu mereka dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Berita wang tersebut dikembalikan diketahui akar umbi yang sangat memerlukan sumber kewangan untuk berkempen walaupun berdepan kekangan susulan larangan terbaharu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tidak membenarkan sebarang perhimpunan berkaitan pilihan raya.

Susulan larangan tersebut, parti-parti politik perlu mencari strategi berkempen yang berbeza berbanding sebelumnya dan platform media sosial bakal menjadi wadah baharu untuk menyampaikan penerangan kepada para pengundi.

Pendekatan dan kaedah berkempen yang baharu juga pastinya melibatkan kos, sebagai contoh jentera UMNO dan BN amat memerlukan data serta alat komunikasi yang canggih bagi membolehkan mereka berkempen dengan lancar.

Selain itu, pendekatan berkempen secara konvensional atau tradisional sebelum ini yang digunakan mungkin sudah tidak relevan apabila larangan KKM tersebut dikuatkuasakan.

Mengambilkira faktor tersebut, majoriti jentera UMNO dan BN mengharapkan Najib yang diberikan tanggungjawab untuk mengetuai kempen di Melaka selepas Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terpaksa menjalani rawatan ke Jerman dapat menyalurkan bantuan kewangan atau sekurang-kurangnya menyediakan kemudahan tambah nilai (topup) kredit data telefon disamping juga memberi telefon baharu kepada mereka.

Dengan jumlah wang yang dipulangkan balik, ia bukan satu masalah yang besar buat Najib untuk menyediakan kemudahan kepada jentera UMNO dan BN bagi menghadapi PRN Melaka.

“Janganlah terlalu berkira sangat dengan jentera parti, harap Najib hulur-hulur lah kepada kami jentera yang akan bergerak untuk menyampaikan penerangan kepada akar umbi,” kata seorang ahli UMNO Melaka yang ditugaskan untuk berkempen nanti.

Najib sudah memulakan kempen awal di Melaka apabila mengadaka beberapa program bertemu dengan jentera UMNO dan BN seluruh Melaka, malah tular beberapa video dan gambar bekas Perdana Menteri itu bersama dalam perhimpunan dengan penyokong parti sehingga melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 baru-baru ini.

Media juga membuat liputan dalam program bantuan Najib kepada mangsa banjir di Melaka dengan menghantar lori membawa bekalan makanan untuk diserahkan kepada penduduk setempat.

Najib sudah menerima kembali wang berjumlah RM114 juta yang disita dari Pavilion Residences, milik Obyu Holdings Sdn. Bhd.

Perkara itu disahkan oleh peguam bekas Perdana Menteri itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bahawa wang itu telah dikeluarkan dan diterima oleh kedua-dua pihak dan difahamkan, kesemua aset itu diserahkan kepada Najib dan UMNO pada 17 Jun lalu.

Mengambil kira faktor kewangan yang banyak dan juga kembali menjadi dominan di Kerajaan Pusat, pastinya UMNO mempunyai kelebihan untuk menang besar pada PRN Melaka.

Untuk rekod, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka mempunyai 28 kerusi dan jika Najib memberikan setiap calon RM1 juta sekali pun semasa berkempen, ia masih tidak luak dan berbaki banyak lagi.

Selepas sekian lama, ini peluang terbaik buat pemimpin UMNO di Melaka yang tercalon untuk mengumpul kekayaan sekali lagi walaupun sebelum ini tewas teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Jika kalah pun, sekurang-kurangnya wang yang diberikan Najib untuk berkempen boleh disimpan bagi kegunaan masa depan.

Kebiasaannya, tradisi dalam mana-mana PRN atau Pilihan Raya Umum (PRU), calon UMNO tidak akan membelanjakan sepenuhnya wang yang diperuntukan sebaliknya menyimpan sebagai jaminan selepas pilihan raya, manalah tahu kalau kalah selepas itu tidak lagi mempunyai sumber kewangan lain.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-