tuncarlos.com
January 30, 2021
Hilang kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim merupakan salah satu sebab Azmin Ali membuat keputusan meninggalkan PKR dan menyertai Bersatu.
Perkara itu dinyatakan Ahli Parlimen Gombak itu dalam pernyataan pembelaan berhubung saman yang difailkan 10 pengundi Gombak terhadapnya.
Azmin berkata, 'amalan seksual yang tidak bermoral' dilakukan Anwar menjadi punca dia hilang kepercayaan terhadap presiden PKR itu.
Dalam pernyataan pembelaan yang difailkan melalui firma guamannya Tetuan Zharid Nizamuddin, Azmin berkata Anwar langsung tidak berkelayakan dan bukan seorang yang sesuai untuk memimpin PKR serta menjadi perdana menteri Malaysia.
"Dakwaan ini disokong oleh beberapa dakwaan kukuh berhubung perlakuan dan/atau amalan seksual Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang tidak bermoral sebagai seorang beragama Islam, khususnya semenjak DSAI kembali menjadi presiden PKR dan telah bebas untuk bergerak," katanya.
Azmin merujuk dua kes membabitkan tuduhan dibuat oleh Mohammed Yusoff Rawther mengenai serangan seksual dilakukan Anwar dan tuduhan yang sama dibuat oleh individu bernama Aidil Azim Abu Adam.
Azmin dalam pernyataan pembelaannya juga berkata dia meragui status pengampunan penuh yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong terhadap Anwar.
Anwar dipenjarakan pada tahun 2015 atas dakwaan meliwat bekas pembantunya tetapi diberi pengampunan selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum 2018.
Azmin yang juga menteri perdagangan, antarabangsa dan industri juga menafikan dakwaan bahawa dia gagal menunaikan janji pilihan raya terhadap pengundi di kawasan Gombak.
Katanya, manifesto pilihan raya tersebut merupakan satu deklarasi niat dan polisi yang ingin dilaksanakan oleh PH secara kolektif dan bukan individu.
Bagaimanapun Azmin berkata dia masih komited untuk memerangi dan menghapuskan rasuah meskipun tidak bersama PKR dan telah menyertai Bersatu.
"Memandangkan “undi adalah rahsia”, bagaimana boleh plaintif- plaintif membuktikan dengan kukuh bahawa mereka dengan benar dan jujur telah memilih defendan semasa PRU-14 dan/atau kertas undi masing-masing tidak rosak bagi tujuan pengiraan undi?" tambahnya.
Azmin berkata dia merupakan ahli parlimen dan Adun yang bertanggungjawab terhadap seluruh warganegara Malaysia yang bermastautin di kawasan parlimen dan Dun serta bukan hanya terhad kepada mana-mana pemilih.
Katanya, perkara 10 Fasal (1) (c) Perlembagaan Persekutuan juga menjamin hak mana-mana warganegara Malaysia untuk membentuk persatuan.
Azmin juga menafikan bahawa dia bertanggungjawab atas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Februari tahun lalu.
Sebaliknya, katanya, kerajaan PH tumbang disebabkan peletakan jawatan perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad.
-MalaysiaKini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
WARTAWAN SINAR HARIAN Dua lagi murid SK Pos Tohoi yang ditemui. GUA MUSANG - Dua lagi kanak-kanak Orang Asli yang dilaporkan hilang seja...
-
News | Diterbitkan Hari ini 9:33 malam Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu menasihatkan Exco kerajaan negeri Paul Yong Choo Kiong b...
-
malaysiakini.com Ili Aqilah & Alyaa Alhadjri & N Faizal Ghazali Diterbitkan: Oct 23, 2024 8:40 PM Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer,...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
-
bharian.com.my Oleh Mohd Nasaruddin Parzi bhnews@bh.com.my - Februari 9, 2025 Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh (kiri) dan Ketua Pemuda DAP, Woo...
-
bharian.com.my Oleh ROSLAN ZAMAN 15/10/2024 Zaman atuk dan nenek kita mesti kenal siapa Mat Sentol. Seniman ini cukup dikenali sebagai pelaw...
-
SUARA TV Suara Tanpa Sempadan September 25, 2018 Abdul Mursyid KUALA LUMPUR — Sultan Johor murka terhadap seorang ahli Majlis Bandar Ray...
-
mhdaily.net 07/09/2020 8:00 PM Senator Muhammad Zahid Md Arip, bekas setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad, menafikan tuduhan menjadi pence...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.