Thursday, January 21, 2021

Terkini:Sebahagian besar MP Umno tolak cadangan Mat Maslan, Jejas nama parti

themalaysialife.com
January 21, 2021


Sebahagian besar ahli parlimen Umno menolak cadangan yang diutarakan setiausaha agung parti itu, Ahmad Maslan, agar mereka menyokong gesaan supaya Yang di-Pertuan Agong mengarahkan sidang khas parlimen diadakan.

Menurut sumber yang juga pemimpin atasan Umno, tidak sampai 10 orang ahli parlimen yang memberikan sokongan agar sidang khas itu dilangsungkan.

“Mereka tidak menyokong kerana khuatir langkah itu akan memberi imej tidak baik pada Umno,” katanya kepada Malaysiakini.

Semalam, Pengarah Pilihan Raya Umno Tajuddin Abdul Rahman menyifatkan tindakan mengutus surat kepada Agong bukanlah penderhakaan seperti didakwa beberapa pihak termasuk bekas setiausaha agung BN, Annuar Musa.

Bekas menteri undang-undang Nazri Abdul Aziz juga dilaporkan berkata Umno tidak boleh dianggap menderhaka apabila memohon perkenan Agong mengarahkan sidang khas parlimen diadakan.

Malah kata Nazri surat yang diutus Ahmad itu bukan bersifat peribadi sebaliknya dikeluarkan hasil keputusan di peringkat parti.

Sumber itu berkata, Annuar tersilap untuk beranggapan demikian kerana langkah yang diambil Umno adalah berdasarkan kepada peruntukan undang-undang yang ada.

“Saya sokong (tindakan) presiden (Umno).Tak salah utus surat pada Agong. Utus surat pada Agong bukan penderhakaan seperti tuduhan Annuar.

“Masa dia (Annuar) muda, dia yang bantai institusi raja. Kita (Umno) jaga kedaulatan raja-raja,” katanya merujuk kepada tindakan ahli parlimen Ketereh itu yang pernah mengusahakan penabalan sultan baru Kelantan beberapa dekad lalu.

Sementara itu seorang lagi sumber yang juga pemimpin atasan Umno turut mengesahkan bahawa majoriti menolak surat berkenaan.

Berdasarkan maklumat yang diterima Malaysiakini, antara ahli parlimen Umno menyokong gesaan kepada agong itu ialah Najib Razak (Pekan); Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk); Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang); Tajuddin (Pasir Salak); Ahmad Jazlan Yaakub (Machang) Nazri (Padang Rengas) dan Ahmad (Pontian).

Sementara itu, Tajuddin memberitahu Malaysiakini, ada beberapa sebab mengapa ahli parlimen Umno tidak menyokong surat dikeluarkan parti itu.

“Ramai yang tak setuju… ada sesetengah mereka tak faham, ada setengahnya pula atas kepentingan politik,” katanya.

sumber: MK

2 comments:

  1. PENIPU betul!! Mana BUKTI sebahagian besar Pemimpin2 UMNO menolak cadangan YAB DS Ahmad Maslan utk. PERTAHANkan UNDG2 PERLEMBAGAAN & PARLIMEN?!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. SETUJU dgn. Anwar kali ni, jelas dlm. DOKUMEN PengISYTIHARAN DYMM SPB psl. PERKENAN akan DARURAT ni - TAK DAK lansung juga sebut psl. PENGANTUNGAN PARLIMEN!!

      Jadi, jelas rejim DIKTATOR Muhyiddin-BERSATU liberal/PN PARASIT amat ZALIM ni - telah MENIPU & MEMERANGKAP dgn. amat KEJI akan DYMM SPB YDPA dgn. membuat ORDINAN DARURAT selepas tu, yg. boleh pula sewenangnya MENGGANTUNG PARLIMEN pula, yg. MENCABUL Undg2 Perlembagaan 150 (3)!!

      Lihat di -
      https://www.malaysia-today.net/2021/01/20/pembangkang-mahu-bawa-isu-gantung-parlimen-ke-mahkamah/

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-