Friday, April 9, 2021

"Bukan soal rakaman itu sah atau menyalahi undang-undang. Penafian Zahid tidak mampu yakinkan ahli Umno dibawah."

by1Media.my
-April 08, 20210

Penafian Zahid sebelum ini berkaitan surat beliau yang menyokong Anwar dan surat itu juga dibawa oleh Anwar ketika mengadap YDP Agong masih ragu dan tidak dinafikan Zahid secara “Anak Jantan”.Tular dari semalam pula sebuah audio perbualan suara mirip Zahid dan Anwar berkaitan kerjasama dan perancangan antara kedua2 pemimpin tersebut dalam memastikan kerajaan PN runtuh dalam kadar segera.

Saya yakin penafian Zahid kali ini juga tidak akan mampu meyakinkan ahli umno terutamanya mereka yang amat pantang dan tidak akan sesekali boleh menerima kerjasama dengan DAP dan PKR atau Anwar.Perbualan itu jelas menunjukkan bahawa usaha berterusan Zahid untuk membawa “Jajaran Baru” dalam politik umno merupakan satu kebenaran yang tidak mampu dinafikan lagi.

Ada sesetengah pihak mempersoalkan audio itu sah atau tidak dari segi undang2.Dalam zaman sekarang ini bukan soal undang2.Soalnya ialah adakah betul berlaku perundingan dan perbincangan antara Zahid dan Anwar.Dan adakah audio tersebut benar suara Zahid dan Anwar.Itu yang harus dilihat oleh ahli umno dan rakyat.

Saban hari rakyat makin mual dan loya melihat politik hari ini.Berdegar presiden umno dalam PAU sebelum ini menolak kerjasama dengan DAP dan PKR dan No PPBM tetapi rupanya wujud satu perancangan dan kerjasama yang sedang dirunding dan dirancang dengan rapi.Buktinya ialah roadshow yang dijalankan orang kanan Zahid seperti Jazlan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan ke semua bahagian2 dalam Kelantan merupakan naratif yang sama iaitu cuba meneutralkan penentangan ahli umno di cawangan dan kampung2 untuk menerima kerjasama dengan DAP dan PKR jika sampai masanya.

Kedudukan Zahid dalam BN juga terbukti goyah apabila mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional yang sepatutnya bermesyuarat 3 malam lepas tidak dihadiri oleh rakan2 atau wakil2 dari komponen BN yg lain sehingga mesyuarat tersebut perlu dibatalkan.Ini menjelaskan Zahid berdepan penyusutan sokongan dari rakan2 yang mengetahui cubaan dan perancangan beliau untuk merealisasikan jajaran baru untuk kepentingan pihak2 tertentu dalam umno khususnya mereka yang sedang berdepan kes2 di mahkamah dan mereka yang kecewa kerana tidak dapat berada dalam GLC atau apa jua lantikan politik lain.

Rakan dalam Muafakat Nasional seperti PAS juga semakin menunjukkan ketegasan mereka untuk tidak lagi melayan dengan sikap setiakawan seperti sebelum ini kerana ternyata dan jelas bahawa Zahid cuba membawa umno jauh dari penyatuan ummah yang pernah diwujudkan bersama sebelum ini.Objektif MN makin samar dan masa depan MN makin kabur.

Jika ini yang Zahid mahukan maka saya menganggarkan umno akan pecah sekali lagi dan tidak mustahil gerakan Zahid ini bakal menguburkan umno tanpa nisan satu hari nanti.Penafian Zahid tidak sesekali mampu menafikan kebenaran yang beliau cuba sorokkan dan rahsiakan dari ahli2 umno.Satu hari nanti ahli2 umno akan tahu kebenarannya bahawa Zahid sedang mengorbankan dan memperjudikan masa depan umno hanya untuk golongan2 tertentu dalam umno dan peribadi dirinya sendiri.

Ahli UMNO
Dusun Tua.

2 comments:

  1. Kalau pun UMNO ada berunding dgn. PKR - apa SALAHnya?! Sdgkan rejim DIKTATOR muhyiddin/parti PENYAMAQ bukan lagi Pribumi, iaitu, BERSATU Parasit NAZI pun diKUASAI bekas2 HOMO PKR!!

    HIPOKRIT betul BANGKAI ANJING Bersatu ni & PENJILAT2 HANYIR depa dr. UMNO!!

    ReplyDelete
  2. Yg. PENTING, Pemimpin UMNO mesti jadi PM - kerana telah TERBUKTI dgn. KEDAJALAN, KEZALIMAN, KETAMAKAN, KEBONGKAKAN, RASISMA, FASISMA & PENIPUAN si rejim2 PENJAJAH DAP Parasit Zionis/BERSATU Homo NAZI - hanya UMNO (tapi tidak termasuk si PEROMPAK, DIKTATOR mahathir PARIAH kerala) - yg. kekal BERJUANG dgn. amat BERANI demi ISLAM/UMATnya, seluruh bangsa BUMIPUTERA kita & NEGARA ISLAM kita ni!!

    Tgk. PENYOKONG2 PAS - sdg. diTIPU oleh BERSATU Parasit NAZI!!
    Di - https://suara.tv/06/04/2021/tanpa-umno-proses-agihan-kerusi-bersatu-pas-kini-lebih-mudah-rosol-wahid/

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-