Thursday, April 15, 2021

PN Menang Besar Jika Pertembungan 3 Penjuru Dalam PRU15, Kata Kajian

BERITA
By MT Webmaster
On Apr 15, 2021

Kajian itu juga mendapati 42% pengundi inginkan PN untuk terus memegang tampuk pemerintahan negara, diikuti BN (13%) dan PH (11%).

(Malaysia Now) – Sebuah kajian mendapati kerajaan Perikatan Nasional (PN) mempunyai kelebihan untuk menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru dengan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Menurut Ketua Penyelidik Makmal Forensik Elektoral UKM Mohd Fuad Mat Jali, dapatan kajian yang dilakukan menunjukkan 40% daripada pengundi menyatakan PN akan memenangi sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru di mana-mana kerusi berbanding dengan BN dan PH, masing masing 13% dan 11%.

“Jangkaan ini juga dinyatakan oleh pengundi daripada Bumiputera Sabah iaitu 51% dan diikuti kaum Melayu (48%) dan Bumiputera Sarawak (35%). Manakala kaum India hanya 32% dan kaum Cina 23% sahaja.

“Kumpulan umur 21 hingga 39 tahun merupakan kumpulan umur yang paling ramai (43.5%) menyatakan parti PN boleh menang dan diikuti kumpulan umur 60 tahun ke atas secara purata 41% dan kumpulan 40 hingga 59 tahun dengan purata 39%,” katanya dalam satu kenyataan.

Kajian itu juga mendapati 42% pengundi inginkan PN untuk terus memegang tampuk pemerintahan negara, diikuti BN (13%) dan PH (11%).

Fuad berkata, kajian tersebut menggunakan panggilan telefon yang membabitkan 4,864 pengundi yang dipilih berasaskan data pemilih setakat suku ketiga tahun lalu dan sampel diambil dari 83 kawasan Parlimen seluruh Malaysia dan dijalankan dari 7 hingga 10 Februari lepas.

Menurut Fuad, kajian itu turut mengukur populariti pemimpin utama ketiga-tiga blok politik dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengatasi pemimpin lain seperti Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

“Hasil kajian kajian mendapati bahawa Muhyiddin Yassin yang paling mereka sukai dengan 55%, diikuti oleh Anwar Ibrahim (8%). Zahid dan bekas perdana menteri, Najib Razak masing-masing mendapat 2%.

“Dari segi Umur, semua kategori umur menyukai Muhyiddin. Didapati peringkat umur 60 tahun dan ke atas paling tinggi menyukai Muhyiddin dengan purata 58.3%. Bagi umur 21 hingga 39 tahun sebanyak 56.5% dan peringkat umur 40 hingga 59 tahun dengan peratusan 56%,” tambahnya.

Katanya, kemunculan Muhyiddin hampir setiap hari di kaca televisyen sambil berdoa memohon kemakmuran negara dan rakyat dirasakan menjadi antara sebab rakyat menyukai beliau.

Fuad memberitahu, meskipun media sosial amat mempengaruhi pengundi, media elektronik masih dipercayai pengundi dalam menyebarkan maklumat tentang polisi negara dan isu-isu semasa.

Majoriti responden juga menyatakan akan turun mengundi pada PRU15 akan datang.

“Akhirnya satu persoalan timbul dalam kajian ini di mana terdapat 30% responden tidak mahu menjawab. Siapakah mereka ini, adakah pengundi atas pagar atau sengaja tidak mahu menjawab atau dah selesa dengan keadaan sekarang.

“Inilah antara persoalan yang cuba dicari jawapannya apabila kajian tahap atau fasa 2 yang akan dijalankan sebelum PRU15,” katanya.

5 comments:

  1. PENIPU betul blog BANGKAI ANJING Malaysia Now yg. diURUSkan oleh adik bekas KETUA PENGARAH SPRM PENJENAYAH Pariah-geng azmin HOMO, latheefa koya BETINA JALANG!!

    DIKTATOR muyiddin-pakai NAMA PALSU-si PEROMPAK NAZI - kononnya begitu popular sampai dekat 60%!! GILA betul!!

    Pi MAMPOS blog BANGKAI ANJING Pengganas CIA/MOSSAD!!

    Di -

    ReplyDelete
  2. ALHAMDULILLAH - dgn. KEBERANIAN, KEWARASAN & KEBIJAKSANAAN Pemimpin2 Islam/Melayu TULEN parti keramat KEMERDEKAAN bangsa ORANG ASAL Islam/Melayu TULEN kita, UMNO terCINTA kita - demi memPERTAHANkan ISLAM/UMATnya, seluruh bangsa BUMIPUTERA kita & NEGARA ISLAM/TANAH MELAYU pusaka Nenek Moyang BUMIPUTERA berzaman kita ni!!

    Patutlah BERSATU Nazi PEROMPAK ni, nak sgt. UMNO jadi KULI bisu, pekak & buta dia mcm. PAS - kalau terus KERJASAMA dlm. rejim PN, mungkin hampir 50 kerusi UMNO terpaksa diKORBANkan dlm. PRU15, pd. parti PENYAMAQ yg. BUKAN lagi Pribumi, yg. diKUASAI si HOMO2 Parasit bekas PKR, iaitu BERSATU Nazi amat FASIS, RASIS, TAMAK, BONGKAK, RAKUS, LIBERAL, PENIPU & PEROMPAK!!

    Di - https://www.astroawani.com/berita-politik/umno-beri-isyarat-berpatah-arang-berkerat-rotan-dengan-bersatu-290558

    NOTA: EJEN2 DAPpengganas/BERSATUhomo - makin sakan MENYAMAQ sbg. bangsa ISLAM/MELAYU di MEDIA2 SOSIAL - utk. MENGUTUK Umno habis2an psl. isu ni!!

    ReplyDelete
  3. NOTA amat PENTING:

    Parti keramat KEMERDEKAAN Orang Asal ISLAM/MELAYU tulen terCINTA kita, UMNO, kena beri perhatian amat SERIUS kenapa DIKTATOR muhyiddin/BERSATU liberal NAZI, seolah begitu YAKIN akan menang PRU15 dgn. makin mengHINA/mengGERTAK akan UMNO yg. akan bertanding bawah BN - mcm. rejim PH Parasit dulu, begitu YAKIN akan menang masa PRU14!!

    Ini kerana SABOTAJ oleh SPR terhdp. Undi utk. 18 thn. ni juga memBUKTIkan SPR ni pun dah diJAHANAMkan oleh BERSATU NAZI!! Maka, SPR disyaki dah diKUASAI habisan si puak BERSATU liberal NAZI, HOMO2 bekas PKR & Ejen2 PENGGANAS CIA/MOSSAD, Bersih, terutamanya geng azmin HOMO!!

    Jadi, disyaki, PRU15 juga akan diSABOTAJ habis2an mcm. PRU14 - termsk. disyaki melalui MO jahat MENUKAR kotak2 Undi dr. tpt. MENGUNDI ke tpt. MENGIRA, disyaki oleh Ejen2 SPR atau POLIS!! Sbb. itu juga, kenapa KETUA POLIS NEGARA Penjahat PH Parasit disyaki nak SAMBUNG perkhidmatan dia, selepas persaraan dia pd. bulan Mei, atau sewenangnya dgn. amat LAWAK nak SALAH GUNA KUASA, boleh MENAMAkan KETUA POLIS NEGARA baru dr. TIMBALAN dia [sdgkan perlantikan KETUA POLIS NEGARA & TIMBALAN adalah bawah UNDG2 PERLEMBAGGAN 140, yg. mesti diPILIH oleh SURUHANJAYA PASUKAN POLIS (SPP) & diPERKENANkan DYMM SPB YDPA], serta KETUA POLIS NEGARA paling TAK guna ni, enggan membuat REPOT2 POLIS & pd. SPRM & SPP, terhdp. KARTEL2 POLIS sebenaq yg. MELINDUNGI Sindiket2 DADAH/MANUSIA/JUDI/ALONG HARAM, spt diDEDAHkan oleh YM Raja Petra!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si DIKTATOR Muhyiddin/BERSATU liberal NAZI nak MENIPU, kononnya SPR BEBAS dr. POLITIK!!

      Tgk. mcm. mana mamat HOMO-PENYOKONG si NGO PENGGANAS CIA/MOSSAD-SOROS, Bersih yg. berPUSAT di SWITZERLAND - boleh jadi TIMBALAN PENGERUSI SPR yg. diLANTIK oleh rejim PH Parasit dulu?!! Mana JABATAN TERORISMA PDRM & KETUA POLIS NEGARA paling TAK GUNA?!

      Bahkan ini juga MENIPU & MENDERHAKA kpd. DYMM SPB YDPA kita!!

      Di - https://youtu.be/NuHJgiXcPJU

      Delete
  4. NOTA: Yg. MENCURIGAkan lagi - KETUA POLIS NEGARA Penjahat PH PARASIT Zionis ni - akhirnya BERJAYA buat sbnyk. 71 PERTUKARAN jawatan2 penting Pegawai2 Polis TINGGI tergesa2 pd. APRIL setelah berKEMPEN sakan, kononnya ada Kartel Pegawai2 Polis yg. nak mengGULINGkan dia, serta PENYOKONG2 PH Parasit dia punya MENGGERTAK dgn. POLITIK jahat agar Suruhanjaya Pasukan Polis (yg. sepatutnya diLANTIK oleh AGONG)/KDN agar meLULUSkan Pertukaran2 MENCURIGAkan ni - sdgkan KETUA POLIS NEGARA ni nak BERSARA bulan Mei!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-