Sunday, May 16, 2021

Situasi PKRC Maeps makin mencabar, katil ditambah kepada 1,000

malaysiakini.com
Diterbitkan 16 May 2021, 3:01 pm

Situasi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) semakin mencabar dengan kemasukan lebih ramai pesakit Covid-19 bagi kategori 3.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor memaklumkan, pada awalnya PKRC MAEPS hanya mempunyai sebanyak 60 katil untuk pesakit kategori 3 pada awal Januari lalu tetapi kini PKRC Bersepadu MAEPS menempatkan seramai 757 pesakit kategori berkenaan.

Sehubungan itu JKNS bercadang menambah kapasiti kepada 1,000 katil bagi menyokong sistem kesihatan di Lembah Klang selaras dengan peningkatan angka pesakit Covid-19 terkini.

"Oleh yg demikian, pesakit dengan kategori 3 ditempatkan di dewan-dewan yang berdekatan dengan ICU sementara supaya pemantauan lebih rapi dapat dilaksanakan manakala pesakit kategori 1 & 2 yang stabil ditempatkan di dewan DG.

"Bagaimanapun, pihak PKRC cuba sebaik mungkin memisahkan kategori pesakit warganegara dan bukan warganegara di dewan ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pesakit kategori 1 dan 2 Covid-19 merupakan pesakit yang tidak bergejala atau mempunyai gejala ringan, manakala kategori 3 adalah pesakit dengan gejala sederhana.

PKRC Maeps pada awalnya bertujuan menempatkan pesakit kategori 1 dan 2 yang berisiko rendah sahaja, namun diperluas kepada pesakit kategori 3 akibat peningkatan jumlah kes harian Covid-19.

Terdahulu, beberapa pengguna Twitter mengadu mengenai proses pendaftaran di Pusat Penilaian Covid (CAC) di Stadium Melawati, Shah Alam dan juga keadaan di PKRC Maeps.

Seorang wanita menceritakan pengalaman bapanya yang diberitahu oleh pegawai Kementerian Kesihatan supaya tidak perlu menjalani ujian RT-PCR dan perlu ke Stadium CAC Melawati keesokan harinya.

Namun, ketika bapanya tiba di CAC, dia diberitahu oleh doktor bahawa mereka memerlukan keputusan ujian RT-PCR sebelum dimaklumkan untuk pulang ke rumah.

Seorang lagi pengguna Twitter menceritakan pengalamannya menunggu sembilan jam di CAC Stadium Melawati sebelum terpaksa menunggu dua jam untuk mendaftar di PKRC Maeps.

Lelaki berkenaan juga mengatakan rasa terkejut apabila dia dihantar ke kawasan tempat letak kereta di Maeps yang telah diubah suai untuk menempatkan katil pesakit.

Sementara itu, PKRC MAEPS mengucapkan terima kasih dan menyambut baik aduan berhubung isu proses kemasukan berkenaan dan akan melakukan penambahbaikan proses tersebut daripada masa ke semasa.

4 comments:

  1. Replies
    1. Hampir 50 MANGSA Covid-19 MENINGGAL DUNIA pd. satu hari shj. - tapi VAKSIN Astra Zeneca yg. PELIKnya diwar2kan kononnya ada masalah, boleh pula nak bawa masuk SEJUTA dos lagi, lepas tu nak beri Vaksin ni berdasarkan MO HUTAN "Siapa cepat dia dpt." - termsk. kpd. WARGA2 ASING kaya-raya, serta TAK tahu berapa peratus bangsa BUMIPUTERA kita, terutamanya bangsa ORANG ASAL Islam/Melayu dah diVAKSINkan!!

      Disyaki majoriti MANGSA Covid-19 yg. MENINGGAL DUNIA adalah dr. bangsa ORANG ASAL Islam/Melayu kita - yg. disyaki DNA kita, diSASARkan oleh VIRUS Covid-19 ni, disyaki buatan rejim2 PENGGANAS US/ISrael!!

      Di - https://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-rekod-kematian-harian-tertinggi-ini-tumpuan-kenyataan-dr-noor-hisham-hari-ini-298167

      Delete
    2. NOTA: Maka utk. mengHALANG Penipuan & Salah Guna Kuasa, serta DISKRIMINASI pd. bangsa BUMIPUTERA kita, terutamanya bangsa ORANG ASAL Islam/Melayu kita oleh MUSUH2 Islam/Umatnya dr. rejim BERSATU Nazi PEMBUNUH/PEROMPAK - dlm. pemberian VAKSIN2 ni, termsk. Astra Zeneca ni - HALANG sejuta Vaksin Astra Zeneca TERBARU ni diberi secara SUKARELA, termsk. kpd. WARGA2 ASING @ yg. KAYA-RAYA - tapi UTAMAkan RAKYAT dahulu dr WARGA EMAS, PESAKIT KRONIK dll penyakit, serta RAKYAT MISKIN terutamanya bangsa BUMIPUTERA kita yg. mahukan VAKSIN ini - apalagi yg. dah MENDAFTAR lama dulu!!

      Delete
  2. NOTA2: Maka, HENTIkan segera, disyaki melalui SALAHGUNA KUASA & PENIPUAN dgn. pemberian VAKSIN2 percuma segera kpd. WARGA2 ASING @ yg. KAYA-RAYA, melalui Vaksin Astra Zeneca dr. Pelan COVAX Zionis ni - tapi beli segera VAKSIN2 Sinovac HALAL dr. CHINA & SPUTNIK dr. RUSSIA - utk. memVAKSINkan segera RAKYAT kita, terutamanya bangsa BUMIPUTERA kita yg WARGA EMAS, Pesakit KRONIK & ada masalah kesihatan lain & yg. MISKIN!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-