Thursday, August 13, 2015

JACC Sahkan flaperon ialah daripada MH370

Anggota tentera Perancis memeriksa pesisiran Lautan Hindi berhampiran Pulau Reunion di Perancis bagi mengesan serpihan pesawat Malaysia Airlines MH370. – Gambar Reuters, 12 Ogos, 2015.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC) akhirnya mengesahkan bahagian sayap pesawat dikenali sebagai flaperon yang ditemui di Pulau Reunion milik Perancis ialah daripada MH370 yang hilang.

"Pemeriksaan seterusnya menunjukkan dalam semua kemungkinan, serpihan, bahagian sayap dikenali sebagai flaperon, ialah daripada MH370," kata JACC dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pada 29 Julai lepas, kepingan sayap pesawat ditemui di pantai Pulau Reunion dan dihantar ke Perancis untuk analisis lanjut.

Pada 6 Ogos, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan bahagian flaperon yang ditemui itu ialah sebahagian komponen pesawat.

Penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac, 2014 setelah berlepas dari Kuala Lumpur bersama 239 penumpang dan anak kapal, antara mereka ialah 154 penumpang warga China.

Mengenai perkembangan operasi mencari, JACC berkata Fugro Discovery, kapal mencari MH370, tiba di Lautan Hindi dan memulakan operasi awal Rabu.

"Fugro Equator tiba di Fremantle, Australia pagi tadi untuk operasi rutin mengisi semula bekalan dan akan berlepas ke kawasan pencarian pada Khamis," katanya.

Sementara itu, Menteri di Pejabat Presiden Maldives, Shareef dipetik Agence France-Presse (AFP) sebagai berkata 3 pakar penerbangan dari Malaysia mula memeriksa serpihan yang dijumpai di pulau itu pada Rabu untuk menentukan sama ada ia bangkai daripada pesawat MH370 atau tidak.

Shareef berkata ketiga-tiga mereka, diketuai Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman menemui pihak berkuasa tempatan dan memeriksa serpihan selepas tiba di kepulauan itu pada malam Selasa.

Shareef memberitahu AFP dalam satu perbualan telefon pakar tersebut akan kembali ke Malaysia pada lewat Rabu sebelum melaporkan kepada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. – Bernama, 12 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jacc-sahkan-flaperon-ialah-daripada-mh370#sthash.sJUHq4Mi.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-