Thursday, January 21, 2010

PAS diterajui oleh para ulamak LEMBAM


Sehingga hari ini apakah kejayaan2 perjuangan PAS terhadap Islam?  Jawapan nya, kununnya tunggu nanti bila PAS berkuasa memerintah negara. Maka ketika itu lah sebuah 'Negara' Islam akan ujud.

Mampu kah PAS mengujudkan sebuah negara Islam di negara yang penduduk nya berbilang bangsa dan agama ini? Sedangkan penduduk nya yang beragama Islam tidak sampai 50%.

Isu 'Allah' yang sedang hangat diperbincangkan oleh semua lapisan rakyat ini telah menjadi 'dip-stick' untuk menguji keyakinan kaum Islam terhadap keupayaan PAS mengujudkan negara Islam di Malaysia.

Kini rakyat telah melihat sikap PAS yang berdolak-daleh dan tidak menentu terhadapa isu 'Allah'. Sebenarnya orang kampung yang kurang pendidikan (Islam) pun sudah boleh buat tafsiran mengapa kaum Katolik ini sanggup bersusah payah melalui mahkamah untuk menuntut penggunaan kalimah 'Allah' kedalam terbitan 'Herald The Catholic Weekly" yang berbahasa Melayu.

Mengapa kaum katolik di Malaysia dan Indonesia sahaja yang mahu gunakan kalimah 'Allah', sedangkan di negara2 lain yang ramai penduduk kristian seperti Pilipina, India atau mana2 negara di Eropa' Amerika dan Australia TIDAK mahu gunakan nya. Walaupun mereka boleh gunakan nya bila2 masa tanpa sebarang halangan.

Sebenar nya semua Tuan Guru PAS tahu akan niat dan tujuan kaum katolik di Malaysia ini mahu gunakan kalimah 'Allah', tidak lain tidak bukan untuk ber dakwah.

Tuan Guru PAS ini juga tahu bahawa terlalu ramai anak muda-mudi melayu/Islam yang sangat lemah tentang pengetahuan Islam nya. Muda-mudi Islam ini lah akan menjadi sasaran mubaligh dan pendakwah kristian katolik ini.



Tak payah di ceritakan tentang kedudukan kaum asli dan kaum peribumi di Sabah dan Sarawak. Kaum ini dengan mudah tertarik kepada kristian kerana ianya lebih mudah atau terlalu mudah untuk di ikuti - 'tukar nama dan baptize' sahaja. Cara hidup, makan minum tidak berubah.

Tidak ada langsung usaha2 atau tindakan dari PAS untuk mengekang kemaraan pendakwah katolik ini.

Ada kemungkinan lebih ramai pula muda-mudi melayu yang cetek pengetahuan Islam juga turut tertarik kerana menganggap Islam dan Kristian itu sama sahaja - bertuhankan "ALLAH".

Jika misi pendakwah kristian ini berjaya terlaksana, maka harapan PAS untuk mengujudkan sebuah negara Islam. Sedangkan penduduk bukan Islam akan bertambah, dan penduduk Islam nya semakin berkurangan.

1 comment:

  1. Salam Wak,

    Agak-agak berapa ramai paderi-paderi katholik yang berselindung dalam jubah dan serban tok-tok guru PAS........

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-