Thursday, February 11, 2010

Jangan Pandang Remeh Kekuatan Pakatan Rakyat~~~~~~~

Walaupun pada zahirnya kita nampak Pakatan Rakyat sudah tidak sehaluan dan mula menampak kan keretakan. Tetapi kita tidak dapat menyelami tentang isi hati penyokong2 parti dalam gabungan Pakatan Rakyat itu. Terutamanya ketika mereka menghadapi Pilihan Raya - mereka pasti akan bersatu semula.

Jika di tafsir dari kehadiran penyokong2 PR setiap kali diadakan ceramah2 ianya sedikit pun tidak menampak kan berlaku nya kekecuhan dalam pakatan parti itu. Baru2 ini Wak menghadiri satu cerama PR di Kg Bahagia, Teluk Intan. Walaupun penceramah2 nya cuma dari pemimpin bawahan sahaja, ianya tetap mendapat sambutan hangat.

Strategi Pakatan Rakyat dalam mendekati rakyat tidak boleh dapat ditandingi oleh Barisan Nasional. Sepengetahuan Wak, BN tidak pernah mengadakan ceramah untuk mendekati rakyat. BN cuma menyampai kan message2 nya melalui media2 TV dan akhbar2 sahaja. Cara BN ini dengan mudah dapat ditangkis oleh PR melalui ceramah2 nya.

Hasil kesan dari cerama2 PR ini telah membuat rakyat menganggap cerita2/berita2 dari media2 kerajaan ini sebagai dongengngan sahaja.

Ceramah2 PR ini juga telah mesensasi kan perkara seperti kehilangan enjin jet, isu Allah, rasuah dan penyelewengan yang berlaku dalam pemerintah. Cara penyampaian nya melaluai ceramah2 ini sangat berkesan.

Perkara kedua dan terpenting untuk kita sedari ialah tentang sokongan kaum bukan melayu terhadap BN. Sebenarnya BN hampir tumbang pada PRU12 kerana hilang sokongan dari kaum bukan melayu. Hampir semua kawasan yang mempunyai majoriti bukan melayu jatuh ketangan pembangkang.

Walaupun pada zahirnya kita sudah nampak ada sedikit perubahan sokongan terhadap BN, ianya tidak boleh terlalu diyakinkan. Sebenar nya kita sukar untuk membaca trend dari sokongan bukan melayu ini terhadap BN, ianya ibarat cuaca - mudah ber ubah2.

Paling malang bagi BN hingga kini parti2 komponen seperti MCA, MIC dan Gerakan masih lagi belum stabil. Kita juga tidak boleh kata kan UMNO sudah pulih dan stabil.

PRU13 semakin hampir, Kita tidak boleh anggap bahawa kini BN berada dalam kedudukan selesa dan dengan mudah boleh menunduk kan lawan nya.

3 comments:

  1. Salam wak,

    Setuju dgn pendapat wak. Tapi BN lebih suka bekerja dpd bercakap. Orang kita lebih suka dgr ceramah yg memfitnah,maki hamun,cerita yg entah ye entah tidak tapi bila diberi 5 negeri untuk bekerja,kucar kacir jadiknya. Mungkin cara BN sudah sedikit old style,tetapi BN terlalu 'occupied' dgn kerja membangunkan negara dan rakyat. In the end, ekonomi negara yg akan tentukan saiz poket rakyat,bukan ceramah setiap minggu.

    ReplyDelete
  2. kalau sayang kan BN jgn jadi pengampu,dan jgn percaya tv dan media utusan..turun pi tengok peneng,kedah apa kerajaan baru buat..peneng umur 60 keatas dpt imbuhan,sapa ada tanah sekankang kera boleh mohon buat rumah bayar bulan rm150,sek agama dah naik taraf.rata2 raayat very2 low class dpt pembelaan tv mana ada tunjuk asyik dok ampu..
    wakil raayat kita [umno]dah 52 thn mai jumpa 5 thn sekali lepar roti canai sorang sebiji.
    kes wakil raayat pkr 2 org kat peneng tu sebab darah umno ada lg minta projek letak atas nama anak penakan tak dpt dok k lumpur jarang2 blk peneng temu raayat,tapi lapor kat utusan mcm ayam jantan berkokok tapi taik penoh pungkok.Boleh dikatakan 80% wakil raayat umno perangai nak penoh perut sendiri dgn org tepi2 dia...bila melayu very low class nak dpt pembelaan..? sapa tak sayang umno...tapi melayu sendiri buat dajal.
    kalau kita jatoh hanya tinggal sejarah umno ni..PAS,PKR dan DAP ada bangunan sendiri atau tanah utk buat perjumpaan umno ada apa...dok tumpang balai raya dan sekolah...[ingat tu harta kerajaan bukan umno punya]jika kita jatoh mana boleh guna utk politik.Dah 52 tahun perintah ada wakil raayat umno pikir utk stanbay benda2 ni..
    ingat politik ibarat roda...kadang2 atas kadang2 bawah
    ampu biar ada fakta

    ReplyDelete
  3. AYUH- GERAKKAN SUARA BLOGGER - BEBASKAN JEFFRY DAMIEN - MARI BANTU BERSAMA TUNJUKKAN SEMANGAT KESETIAKAWANAN KITA
    AYUH- GERAKKAN SUARA BLOGGER - BEBASKAN JEFFRY DAMIEN - MARI BANTU BERSAMA TUNJUKKAN SEMANGAT KESETIAKAWANAN KITA - HIDUP BLOGGERS YANG MENYOKONG KEBENARAN DAN HAKIKAT PERJUANGAN!!!!!!!!!

    GAMBAR ITU HANYALAH SATIRA POLITIK SEMATA! GAMBAR ITU ADALAH PENGAJARAN UTK NIK AZIZ YANG FLIP FLOP. JEFFRY DAMIEN A.K.A DIMENSI MESTI DIBEBASKAN.......

    AYUH JERITKAN IANYA DI SINI.... JEFFRY DAMIEN TIDAK BERSALAH - DIA ADALAH RAKAN SEPERJUANGAN KITA - BEBASKAN JEFFRY DAMIEN SEGERA!!!!!!!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-