Ini ayam belanda baka besar, umor baru 5 bulan, janggut dada belum tumbuh, berat nya sudah cecah 5 kg lebih.
Menceburkan diri dalam bidang pertanian tidak perlu banyak modal. Tak payah le macam menteri yang bela banyak lembu tu. Bagi wak bela ayam itek pun dah cukup. Ini wak nak cerita sikit tentang ayam belanda@ayam piru@ayam turkey.
Bela ayam ni tak banyak modal dan tidak susah. Sebagai permulaan kita cuma beli dua tiga pasang anak ayam ni. Kesah nak jaga nya nanti wak cerita kan. Dipendek kan cerita, bila ayam di bertelur (banyak telurnya, ber belas2 biji) kalau si ibu tak mahu eram kan telurnya kita cari ibu tumpang -ayam.
Ayam turkey ini sangat cepat membiak dan tidak mudah kena penyakit. Barang makanan nya pun mudah juga - kasi rumput dia makan, kasi daun dan batang pisang pun dia makan kalu kasi dedak ayam lagi dia suka makan. Tapi jangan lupa sedia kan bekas air yang secukupnya, sebab ayam ni kuat minum.
Kalau dijaga betul2 dalam masa 9 bulam ayam ini boleh mencecah 7 hingga 8 kg atau lebih. Hari ini harga sekilo cuma RM15.00 sahaja. Tetapi ianya boleh mendatangkan untung yang lumaian.
wak mcm mane nak dapatkan benih ayam ini...
ReplyDeletewak mcm mane nak dapatkan benih ayam ini...
ReplyDelete