Monday, October 6, 2014

BN bertambah angkuh setelah dapat mempertahankan kerusi DUN nye di 'Kelantan kubu kuat PAS'

Turunkan BN untuk turunkan harga minyak

HARAKAHDAILY | 06 Oktober 2014.


KUALA LUMPUR: Ketika dunia sedang mengalami kemerosotan harga minyak, satu-satunya negara yang tetap menjual minyak pada harga yang tinggi ialah Malaysia.

Bendahari PAS Perak, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib berkata, tidak cukup dengan itu, kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib tanpa segan silu menaikkan harga minyak sebagai 'hadiah' istimewa kepada rakyat selepas mereka memenangi PRK Pengkalan Kubor.

"Ini adalah satu berita yang sangat menyedihkan bagi rakyat Malaysia," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, tambah menyedihkan rakyat, ketika perayaan hari raya korban ingin disambut meriah, dicemari pula dengan jawapan yang sungguh tidak bertanggungjawab oleh pimpinan kerajaan, termasuklah perdana menteri......


Wak Labu ingin membuat sedikit tinjauan berkenaan kenaikan petrol dan diesel baru2 ini. Diatas ni Wak paparkan sedikit nukilan dari Bendahari PAS Perak, Ustaz Muhammad Ismi, mungkin para penyokong UMNO tidak bersetuju 100% dengan pendapat beliau.

Perkara tidak bersetuju dari penyokong UMNO pade setiap pendapat dari PAS sudah menjadi lumrah alam. Kite semua tahu bahawa tidak seorang pun rakyat di Malaysia ni terkecewali dari menanggung sensara bebanan kenaikan harga petrol/diesel ni.

Yang indah nye para penyokong2 UMNO ni sanggup mendiamkan diri dari bersuara, mereke juge sanggup menanggung segala penderitaan dari kenaikan harga petrol dan diesel ni. Tetapi kenyataan nya di dalam hati mereke remuk redam yang tidak terhingga.

Pada mata kasar, kenaikan 20 sen tu amat kecil dan tidak mendatangkan apa2 kesusahan pun untuk membayar nya. Tetapi di sebalik kenaikan 20 sen itu sebenarnya akan mendatang kan tsunami kenaikan kos harga barang dan perkhidmatan pada keseluruhan nya.

Di sinilah ujudnye segala penderitaan yang pasti akan di tanggung oleh semua rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-