Tuesday, March 24, 2015

Apa yang nak ditunggu lagi, masih belum faham-faham lagi ke?

Hadi perlu tinggalkan Pakatan jika mahu hudud- Guan Eng
Lim Guan Eng berkata jika Abdul Hadi bertegas untuk membentangkan sebagai rakan Pakatan, ahli Parlimen Bagan itu meminta Hadi supaya keluar daripada PR.

KUALA LUMPUR, 24 Mac:

Sekiranya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan hudud di Dewan Rakyat, beliau harus melakukannya sendirian dan tidak libatkan Pakatan Rakyat (PR).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata jika Abdul Hadi bertegas untuk membentangkan sebagai rakan Pakatan, ahli Parlimen Bagan itu meminta Hadi supaya keluar daripada PR.

“Di sini kita tidak persoalkan hak demokrasi Hadi untuk bentang apa-apa usul, beliau memang ada hak sebagai ahli Parlimen.

“Tetapi kalau nak buat usul sedemikian, jangan laksana sebagai ahli PR, kerana kalau beliau buat sedemikian, lebih baik beliau tinggalkan PR,” kata Guan Eng.

Guan Eng berkata, Abdul Hadi tidak seharusnya menghantar notis kepada Parlimen mengenai rang undang-undang hudud itu pada 18 Mac, sehari sebelum Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 itu.

Menurutnya, sebelum cadangan itu dilaksanakan, Abdul Hadi seharusnya membentangkannya dalam mesyuarat tertinggi PR terlebih dahulu.

“Sebelum sebarang pembentangan dibuat beliau akan mendapat restu dan membincangkan perkara ini dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

“Jika Hadi terus nak bentangkan usul tersebut, lebih baik beliau tinggalkan PR, beliau tentu berhak sebagai ahli Parlimen untuk berbuat sedemikian,” ujarnya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/03/24/hadi-perlu-tinggalkan-pakatan-jika-mahu-hudud-guan-eng/#ixzz3VHdHwX2q

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-