Monday, March 16, 2015

DAP, PKR perlu terima hudud - Tuan Ibrahim

FMT Reporters

Enakmen Jenayah Syariah Kelantan adalah hak bagi orang Islam dan tiada kena mengena dengan masyarakat bukan Islam.
KOTA BAHARU: DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan PAS selama ini jika tidak mahu melihat pakatan pembangkang berpecah.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini kerana pelaksanaan hukum hudud itu tidak melibatkan orang bukan Islam terutama di Kelantan.

“Untuk elak PR (Pakatan Rakyat) pecah, elok kalau DAP dan PKR menyatakan persetujuan terhadap enakmen Jenayah Syariah Kelantan kerana ia adalah hak bagi orang Islam dan tiada kena mengena dengan masyarakat bukan Islam,” katanya dalam entri terbaharu di laman sosial Facebooknya.

Kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS dijangka akan membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada persidangan itu.

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan akan bermula hari ini hingga Khamis ini selepas ditangguhkan pada 29 Dis tahun lepas berikutan banjir besarbyang melanda negeri ini.

Kemelut di antara PAS dan DAP berlaku setelah Pengerusi Biro Undang-Undang DAP Gobind Singh Deo meminta parti itu mempertimbangkan semula pindaan itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-