KUALA LUMPUR, 27 Jun:
Ketua Wanita Keadilan, Zuraidah Kamaruddin mengutuk Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas cita-citanya mahu mengambil semula kerusi Menteri Besar (MB) Selangor dari Azmin Ali.
Dalam kenyataannya hari ini, Zuraidah berkata Khalid sepatutnya belajar memenuhi keperluan pengundinya sebelum cuba merampas kembali kerusi MB Selangor.
“Lebih baik Khalid belajar menjaga kawasannya dahulu. Tugasnya adalah untuk rakyat maka dia perlu bekerja untuk Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak dan berhenti bermimpi untuk menjadi MB Selangor,” katanya.
Zuraidah turut mempersoalkan hasrat Khalid yang menawarkan dirinya untuk menjadi MB Selangor sekali lagi walaupun telah dipecat dari Keadilan tahun lalu.
“Selain dari dipecat dari Keadilan, bagaimana seorang ADUN dan Ahli Parlimen bebas berharap untuk mendapatkan semula kerusi MB tanpa menjadi ahli mana-mana parti politik?
“Apakah beliau mahu menjualkan dirinya kepada pembida tertinggi? Mungkin kepada UMNO?” soal Zuraidah.
Zuraidah menambah sejak Azmin Ali memegang jawartan MB, Selangor semakin maju dan isu seperti isu agama dan ketegangan kaum dapat diatasi dengan baik, tidak seperti sebelum ini.
Terdahulu, Khalid menawarkan dirinya untuk menggantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor untuk menamatkan krisis Pakatan Rakyat di negeri itu.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/27/khalid-jangan-mimpi-mahu-ganti-azmin-jadi-mb-zuraidah/#ixzz3eFOmYXYt
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.