Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) akan bergabung dengan pemimpin kumpulan progresif PAS serta badan bukan kerajaan (NGO) Islam lain membentuk parti Islam baharu menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR), kata Datuk Phahrolrazi Zawawi.
Presiden PasMa itu berkata, hanya satu parti baharu saja yang akan dibentuk selepas ini bagi membentuk pakatan baharu selepas PAS menamatkan hubungan dengan DAP.
"Kami akan bersama-sama dengan G-18 dan NGO Islam yang lain bagi membentuk sebuah parti baharu untuk gantikan PAS dan membentuk pakatan baru," kata Phahrolrazi kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada 18 pemimpin PAS yang tersingkir selepas ditewaskan dalam pemilihan parti itu baru-baru ini, termasuk Mohamad Sabu, Datuk Husam Musa, Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli, Mohamed Hanipa Maidin dan lain-lain.
Phahrolrazi menjelaskan, parti baharu itu bukan hanya bekerjasama dengan DAP sahaja sebagaimana dilaporkan sebuah media arus perdana hari ini, tetapi juga dengan PKR.
"Kita sudah mengadakan beberapa pertemuan dengan G-18 bagi membincangkan perkara ini.
"Insya Allah lepas raya nanti pengumuman akan dibuat mengenainya," katanya.
G-18 sudah membentuk jawatankuasa bertindak bagi menguruskan wadah baharu yang menurut mereka memberikan harapan baru kepada Malaysia selepas kegagalan PAS.
Mereka sedang giat berbincang dengan pelbagai pihak, termasuk NGO dan tokoh-tokoh perseorangan, untuk bersama-sama dalam perjuangan lebih inklusif untuk semua rakyat Malaysia itu.
PasMa merupakan salah sebuah NGO yang akan bersama dengan G-18.
Phahrolrazi berkata, walaupun sebuah parti baharu akan dibentuk, PasMa akan tetap kekal sebuah NGO. –TMI
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=292962:pasma-berganding-dengan-g-18-ngo-tubuh-parti-islam-baharu&Itemid=2#ixzz3dtAGKKnD
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...
-
News | Diterbitkan 13 Jul 2019, 11:58 malam Ketua Polis Negara Abdyul Hamid Bador memaklumkan pasukan itu telah menahan beberapa indiv...
-
Patutlah Sheikh Nuruddin Al Banjari Di Gam JAKIM.. Ini Sebabnya Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) melahirkan rasa dukacita t...
-
Hidir Reduan dan Anne Muhammad Diterbitkan Hari ini 8:58 pagi Hari ketiga perbicaraan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak dijadua...
-
Rusuhan di Singapura [gambar2] Ini kali pertama Singapura dilanda rusuhan selepas lebih 40 tahun... Kali terakhir adalah pada Mei 1969...
-
agendaily.com 07/11/2022 Manifesto Barisan Nasional tidak menyatakan usaha memerangi rasuah dan penyelewengan serta pelantikan tiga Timbalan...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.