ALOR SETAR – PR perlu dibubarkan setelah Pas mengusulkan untuk memutuskan hubungan dengan DAP pada Muktamar Tahunan Pas Pusat ke-61 baru-baru ini.
Presiden Pasma, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, gabungan pakatan itu tidak boleh dibuat tanpa penyertaan Pas.
“Sekiranya Pas memutuskan hubungan dengan DAP dan mereka tidak boleh duduk bersama, maka PR tidak boleh diwujudkan lagi.
“Kalau mereka (Pas) keluar, PR sudah tidak sempurna dan perlu dicari pengganti lain bagi mengisi kekosongan terbabit,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, pembubaran itu perlu dibuat dan distrukturkan semula dengan PR Baharu untuk mengembalikan sokongan rakyat menjelang PRU14.
“Dalam situasi sekarang, masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dalam soal menarik sokongan rakyat.
“Misalnya DAP banyak penyokong bukan Melayu, PKR pula mempunyai sokongan pelbagai kaum dan Pas mempunyai penyokong Melayu yang ramai,” katanya.
Phahrolrazi berkata, bagaimanapun status PR perlu diperjelaskan terlebih dahulu kepada rakyat sama ada boleh dibaiki atau dibubarkan.
“Perbezaan pendapat antara Pas dan DAP dalam konteks PR dilihat begitu besar sehingga menjejaskan sokongan rakyat kepada PR yang amat menaruh harapan menjelang PRU14,” katanya.
Beliau yang juga bekas Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kedah turut menyarankan semua parti komponen menyatakan pendirian masing-masing dalam isu ini. - SH
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=287322:pr-sudah-tidak-sempurna-perlu-bubar&Itemid=2#ixzz3cde9ExPd
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...
-
News | Diterbitkan 13 Jul 2019, 11:58 malam Ketua Polis Negara Abdyul Hamid Bador memaklumkan pasukan itu telah menahan beberapa indiv...
-
Patutlah Sheikh Nuruddin Al Banjari Di Gam JAKIM.. Ini Sebabnya Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) melahirkan rasa dukacita t...
-
Hidir Reduan dan Anne Muhammad Diterbitkan Hari ini 8:58 pagi Hari ketiga perbicaraan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak dijadua...
-
Rusuhan di Singapura [gambar2] Ini kali pertama Singapura dilanda rusuhan selepas lebih 40 tahun... Kali terakhir adalah pada Mei 1969...
-
agendaily.com 07/11/2022 Manifesto Barisan Nasional tidak menyatakan usaha memerangi rasuah dan penyelewengan serta pelantikan tiga Timbalan...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.