FMT Reporters
Kerja sama itu tidak semestinya melibatkan pembentukan Kerajaan Perpaduan.
JEDDAH: UMNO bersedia berbincang sebarang perkara berkaitan kepentingan umat Islam dengan Pas terutama selepas pembentukan kepemimpinan baharu parti itu yang dipilih menerusi Muktamar Pas ke-61 baru-baru ini.
Dalam masa sama, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau turut melahirkan harapan dan keyakinan untuk melihat barisan kepimpinan baharu Pas itu lebih positif kepada usaha ke arah berkenaan.
Tambah Perdana Menteri, UMNO juga menghormati keputusan perwakilan Pas dalam pemilihan itu yang memilih barisan pro ulama untuk menerajui kepimpinan baru parti itu.
“UMNO bersedia berbincang apa-apa sahaja yang kita lihat boleh bekerjasama dengan Pas untuk kepentingan ummah,” katanya, lapor Utusan Malaysia.
Pemilihan Jawatankuasa Kerja Pas bagi sesi 2015-2017 baru-baru ini menyaksikan kemenangan besar kumpulan pro ulama di semua peringkat diketuai Presidennya, Datuk Seri Abdul Abdul Awang dan Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sementara itu, ditanya sama ada kesediaan UMNO itu termasuk ke arah pembentukan kerajaan perpaduan, Najib berkata, kerjasama tersebut tidak semestinya perlu dinyatakan secara spesifik.
Dalam masa sama, beliau turut menyatakan perlunya barisan kepimpinan baharu Pas diberi masa bagi menilai hasrat UMNO untuk bekerjasama ke arah kepentingan umat Islam berkenaan.
Kepada persoalan berhubung pandangan beliau daripada keputusan perwakilan memilih pemimpin pro ulama, Najib berkata, perwakilan Pas sudah semestinya membuat pertimbangan dari pelbagai sudut dan keputusan itu sewajarnya dihormati.
“Saya juga melihat keputusan pemilihan kali ini lebih berfokus, jadi sudah semestinya mudah untuk Pas membincangkan sebarang kemungkinan selepas ini,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...
-
News | Diterbitkan 13 Jul 2019, 11:58 malam Ketua Polis Negara Abdyul Hamid Bador memaklumkan pasukan itu telah menahan beberapa indiv...
-
Patutlah Sheikh Nuruddin Al Banjari Di Gam JAKIM.. Ini Sebabnya Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) melahirkan rasa dukacita t...
-
Hidir Reduan dan Anne Muhammad Diterbitkan Hari ini 8:58 pagi Hari ketiga perbicaraan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak dijadua...
-
Rusuhan di Singapura [gambar2] Ini kali pertama Singapura dilanda rusuhan selepas lebih 40 tahun... Kali terakhir adalah pada Mei 1969...
-
agendaily.com 07/11/2022 Manifesto Barisan Nasional tidak menyatakan usaha memerangi rasuah dan penyelewengan serta pelantikan tiga Timbalan...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.