Tuesday, July 28, 2015

Lawan tokey......inilah jadinya.....


Najib sahkan Zahid Hamidi TPM baharu


Published: 28 July 2015 1:52 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (tengah) bersama Datuk Seri Zahid Hamidi (kiri) semasa mengumumkan rombakan semula Kabinet di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 28 Julai, 2015.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai timbalan perdana menteri yang baharu hari ini, dan pada masa sama akan mengekalkan portfolionya sekarang sebagai menteri dalam negeri.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat pengumuman tersebut hari ini dalam satu siaran secara langsung, mengesahkan laporan The Malaysian Insider pagi ini mengenai rombakan kabinet.

Najib turut mengumumkan penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalannya, menyifatkannya satu "keputusan amat sukar" tetapi terpaksa dilakukan bagi memastikan Kabinet bergerak sebagai satu pasukan yang jitu.

"Saya boleh terima perbezaan pendapat dan kritikan sebagai sebahagian daripada proses dalam membuat keputusan.

"Namun sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan pada forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap kerajaan serta negara," katanya.

Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama Kabinet (collective responsibility), kata Najib.

Beliau berkata, rombakan Kabinet itu dilakukan selepas mengambil kira pertimbangan politik dan keperluan pentadbiran beliau bagi memastikan ia komited dan sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/zahid-hamidi-timbalan-perdana-menteri-baru-najib-sahkan#sthash.ADK2dB9Z.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-